Kita memang sudah berhati-hati namun ada ketikanya kita tetap terkena dengan scammer. Walau sudah ada berita diwar-warkan namun ada masa scammer lebih bijak dalam mencari peluang sekaligus membuatkan ramai hilang duit.
Terkini, scammer menggunakan phising website untuk menipu orang ramai. Perkongsian dari Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police mengenai phising website dan orang ramai harus berhati-hati agar duit tak hilang dalam akaun ya.
PHISHING WEBSITE
Tahukah anda apa itu 'phishing website'?
– Laman web yang dibangunkan oleh scammer untuk mendapatkan maklumat perakaunan anda seperti no kad ATM, kata laluan atau ID perbankan internet dll maklumat yang membolehkan scammer masuk dan akses perbankan anda untuk memindahkan wang ke akaun lain.
Untuk lebih lanjut, sila baca sini : https://ms.wikipedia.org/…/…//ms.wikipedia.org/wiki/Phishing
TAHUKAH ANDA ?
Sekarang ni scammer tengah ligat menggunakan laman web BNM (Bank Negara Malaysia) yang palsu untuk menipu orang?
Admin dah beberapa kali share pasal ni. Tapi setiap hari masih ada yang tertipu. Yang admin sedih tu, kebanyakkan mangsa adalah masih muda, ada kerjaya bagus (peguam, doktor, cikgu, busninessman) dan ada juga pelajar universiti.
DENGAR SINI..
Paling banyak modus operandi yang digunakan oleh saspek adalah menyamar pegawai LHDN. Scammer akan beritahu yang wujud satu syarikat atas nama mangsa dan syarikat tersbut ada tunggakan cukai puluhan ribu ringgit.
Talian disambungkan kepada pihak polis untuk semakan kes jenayah. Kemudian disambung pulak kepada bank negara untuk audit wang mangsa kononnya.
Scammer kemudian akan whatsapp satu link kepada mangsa untuk mangsa masuk dan dowload aplikasi BNM kononnya. Selepas tu, mangsa diminta isi maklumat akaun seperti nama, no kad ATM, no keselamatan, ID dan password internet banking dll.
Tak lama kemudian, mangsa akan terima TAC dan diarahkan untuk serahkan no TAC tu kepada pegawai bank kononnya tu.
POLIS BUAT APA?
Setiap hari kami akan cari dan baca repot-repot mangsa yang ditipu dengan MO ini.
Dapatkan link yang mangsa akses.
Repot kepada SKMM untuk link yang digunakan scammer.
Semalam tutup 1 link, hari ni ada link baru.
Hari ni tutup 1 link lagi, esok ada link lain pulak.
Dan macam biasa, scammer akan gunakan web hosting luar negara untuk buat website palsu ni.
Begitulah kes Cyber hari ini ye anak-anak. Dunia tanpa sempadan.
Oleh itu..
AMBIL TAHU trend jenayah semasa.
JANGAN LAYAN panggilan telefon yang tidak dikenali.
JANGAN DEDAHKAN maklumat perbankan anda.
JADI BIJAK.
#PDRM
#CyberCrimeAlert
#Scam
#Phishing
#BNM
#BeSmart