Dikala negera kita masih dilockdown sehingga 14 Jun 2021 nanti, tetapi khabarnya sedikit demi sedikit pusat pelancongan di negara jiran kita Thailand akan dibuka kepada pelancong dan kunjungan orang awam.
Terbaru, Phuket juga sudah pun memulakan operasinya bermula 1 Julai 2021. Walau bagaimanapun, pelonggaran sekatan pada mulanya hanya akan terpakai untuk pelancong yang divaksinasi sepenuhnya (dan kanak-kanak di bawah usia enam tahun) dari negara berisiko rendah.
Antara vaksin yang diterima untuk memasuki Phuket;
Pfizer; Moderna; Johnson & Johnson; AstraZeneca; Sinovac, Covishield. Yang lain akan ditambah dalam list kemudian jika memenuhi kriteria.
Paling best, para pelancong boleh terbang terus ke pulau itu tanpa perlu menjalani kuarantin, sebahagian daripada usaha ”Phuket Sandbox”, program perintis untuk merancakkan semula kedatangan pelancong.
Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) mengatakan pihaknya berharap dapat menyambut kedatangan sekitar 129 ribu pelancong asing antara bulan Julai dan September.
Sekiranya program perintis Phuket ini berjaya, lapan destinasi pelancongan lain di Thailand akan dibuka semula kepada pengunjung antarabangsa dengan cara yang serupa dalam beberapa bulan akan datang iaitu Krabi, Phang-nga, Koh Samui, Pattaya, Bangkok, Buriram, Cha-am dan Hua Hin.
Difahamkan, kelonggaran peraturan kuarantin pada bulan depan itu bergantung pada kejayaan pelaksanaan vaksin di Phuket.
Tujuannya adalah untuk memastikan 70 peratus populasi pulau itu telah menerima kedua-dua suntikan Covid-19 sebelum pembukaan semula pulau. Setakat ini, kira-kira 50 peratus penduduk di Phuket telah diberi vaksin, menurut laporan media tempatan.
Sementara menunggu sempadan ke luar negara dibuka, eloklah sekiranya kita duduk rumah kalau tiada keperluan untuk keluar. #kitajagakita
Sumber: Independent UK