Polis memandang serius laporan mengenai dua kakitangan Hospital KPJ Klang yang tular di media sosial setelah salah seorang daripada mereka bertindak memijak hiasan ‘kolam’ sempena perayaan Deepavali di perkarangan premis bekerja mereka itu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, seorang suspek adalah lelaki yang muncul dalam video berkenaan dan berjalan di atas kolam Deepavali dalam keadaan berkasut. Manakala seorang lagi suspek adalah perakam video.
Akibat perbuatan tersebut, mereka kini direman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan. Dalam tempoh ini, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.
ARTIKEL BERKAITAN : Akibat ‘Gatal’ Pijak Kolam, Kakitangan Hospital KPJ Klang Dipanggil Polis Hari ini – REMAJA
Seorang kakitangan sebuah hospital swasta di Klang akan dipanggil beri keterangan selepas tular videonya merosakkan kolam Deepavali.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana dgn sengaja memudaratkan, atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan. pic.twitter.com/YdgBPuqxCB
— MyWatch (@My_CrimeWatch) October 30, 2022
Terdahulu, kedua-dua suspek berusia 20an dan 30an itu telah ditangkap sekitar jam 11 malam tadi selepas mereka hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.
Macam-macam kes yang melibatkan perbuatan tidak senonoh demi menjadi tular di media sosial. Ingat, fikir dahulu sebelum bertindak ya!
ARTIKEL BERKAITAN : Tarik Tudung Wanita Demi Konten, Tindakan Biadab YouTuber Ini Dikecam Netizen – REMAJA
BACA LAGI : Gian Sangat Nak Prank Orang, YouTuber Terkenal Hampir Dipenjara – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.