
Alhamdulillah, tahniah Remaja ucapkan buat kaka & suami!
Penyanyi Kaka Azraff, selamat melahirkan hero ketiganya pada jam 6.03 pagi di pusat perubatan di Kota Damansara, pada Isnin.
BACA JUGA: Shakil Aryan Shah Pilihan Nama Putera Kedua Emma Maembong, Shazli
Menerusi laporan Utusan Malaysia, penyanyi lagu popular Gila itu melahirkan bayi lelaki seberat 2.75 kilogram.
Dalam pada itu, Kaka dan suami tercinta, Adam Adzriff memilih nama Atta Adam untuk bayi ketiganya itu.
Untuk informasi, pelantun lagu Bukan Hal Aku itu mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Adam Adzriff pada tanggal 14 Disember 2018.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aslan, 4, dan Aryan yang kini berusia setahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Kaka Azraff
Setiap Minggu Penuh Kejutan! Ayda Jebat Sedia Terima Kritikan Untuk Jadi Lebih Baik

Penyanyi Ayda Jebat sekali lagi membuat para juri terpukau dengan membawa konsep ‘Psycho + Magic’ di dalam persembahan The Hardest Singing Show minggu keempat pada Ahad lalu.
Selain mengejutkan para penonton dengan badan terbelah dua, Ayda juga meriuhkan suasana pada malam itu dengan menghilangkan diri di atas pentas CIDB.
Ayda berkata, walaupun latihan dilakukan dalam masa yang agak singkat. Dia bersyukur apabila persembahannya berjalan lancar sehingga meraih markah 94.63% dan mendapat tempat pertama seterusnya membawa pulang hadiah mingguan berupa wang tunai RM2,000.
“Ahli silap mata itu banyak berikan tunjuk ajar. Kalau tidak lancar, persembahan ini tidak akan menjadi lebih lagi bila ada banyak kamera di atas pentas”
“Team saya sampai perlu duduk di bahagian atas (kiri dan kanan) pentas untuk pastikan helah ini berjalan dengan sempurna”
Dalam pada itu, Ayda atau Nur Suhada binti Jebat berkata, dia sedia menerima kritikan untuk memberi persembahan yang lebih baik pada masa akan datang.
“Saya selalu macam itu, bila kita dengar bukan saja juri tapi komen orang ramai. InshaAllah, saya akan sentiasa cuba untuk improve. Sebab bukan senang nak masuk sesuatu pertandingan”
“Jadi bila orang komen, saya akan ambil setiap input yang mereka sampaikan itu bukan sahaja untuk pertandingan ini tapi untuk persembahan pada masa akan datang juga. Penonton juga berhak memberikan ulasan supaya saya tahu bahagian mana yang perlu ditambah baik”
Selain itu, Ayda juga memandang positif komen juri Zizan Razak yang menyifatkan dirinya menyusahkan peserta lain kerana sentiasa menampilkan persembahan luar biasa setiap minggu.
“Saya hargai komen tersebut dan bila Zizan komen seperti itu, mungkin dia maksudkan yang saya sudah menetapkan penanda aras baharu bukan sahaja untuk peserta tetapi program ini juga”
Ayda berkata, “Saya juga harap program ini bukan sahaja diterima di Malaysia tapi turut diangkat ke negara luar. Saya nak program ini turut dibuat di negara lain. Bila kita jadi yang pertama, sudah tentu kita nak berikan yang terbaik”.
Sekadar info, THSS akan berlangsung selama 10 minggu dan dikendalikan oleh dua orang pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Rina Nose. Setiap persembahan diadili oleh barisan juri profesional iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Rossa dan Zizan Razak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Na In Woo Rasmi Terima Pengecualian Perkhidmatan Ketenteraan, Bakal Muncul Dengan Drama Baru

Pelakon sensasi, Na In Woo baru-baru ini telah rasmi mendapat pengecualian dari latihan ketenteraan selepas menunggu keputusan panggilan untuk berkhidmat sebagai pekerja sosial.
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, Hanada Company telah memberitahu The Daily Sports bahawa pelakon ‘Marry My Husband’ berkenaan telah diberikan pengecualian untuk berkhidmat dari The Military Manpower Administration (MMA).
“Na In Woo telah diberikan pengecualian semasa menunggu panggilan untuk berkhidmat sebagai pekerja sosial. Beliau telah dikelaskan sebagai Gred 4 dalam pemeriksaan fizikal tentera dan menunggu untuk dipanggil berkhidmat”

“Namun kerana tidak menerima panggilan dari MMA dalam tempoh tiga (3) tahun, beliau secara automatik layak mendapat pengecualian,” jelas Hanada Company menerusi kenyataan yang sama.
Dalam pada itu, menurut Akta Perkhidmatan Ketenteraan, individu yang menerima klasifikasi perkhidmatan tambahan Gred 4 dan tidak dipanggil untuk berkhidmat dalam tempoh tiga tahun akan diberikan pengecualian latihan ketenteraan.

Sejak tahun 2019, lebih 10,000 individu dilaporkan telah menerima pengecualian ini, dan sekitar 10,000 lagi dijangka menerima status yang sama pada tahun ini. In Woo, dikatakan termasuk dalam senarai tersebut.
Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan In Woo, beliau dijadualkan bakal muncul dalam drama romantik baru MBC berjudul ‘Motel California’ yang akan disiarkan pada 10 Januari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
6 Hotel Di George Town, Penang Dengan Bajet Bawah RM150, Rugi Kalau Tak Grab

Isi Kandungan
ToggleSatu berita gembira yang diterima rakyat Malaysia selepas pengumuman yang telah dibuat semalam oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan akan mengkaji kebenaran aktiviti pelancongan, termasuk kemungkinan membuka lebih banyak sektor susulan keputusan membenarkan rentas daerah dan negeri di kawasan PKPB bermula esok.
Mungkin ramai yang sudah mula merancang untuk membawa keluarga pulang ke kampung atau berehat sebentar di luar kota.
Kami pasti masih banyak tawaran hotel dan tempat-tempat beriadah yang memberikan diskaun promosi istimewa bagi menarik lebih ramai pengunjung.
Kali ini Remaja nak senaraikan antara hotel penginapan di bandar Georgetown. Ibu negeri Pulau Pinang ini antara lokasi pilihan masyarakat Malaysia untuk bercuti, lebih-lebih lagi mereka yang ingin membuat trip ‘Jalan-Jalan Cari Makan’. Berikut merupakan antara hotel di Georgetown dengan bajet bawah RM150, tertakluk pada waktu terdekat ini.
1. Royal Chulan Penang

Terletak hanya 300 meter daripada Clan Jetties of Penang, Royale Chulan Penang ini tersedia dengan kemudahan seperti kolam renang, restoran dan juga pusat gymnasium. Hotel ini juga menawarkan pemandangan bandar Georgetown yang pastinya menarik perhatian pengunjung.
Harga yang ditawarkan sekitar RM140+ untuk satu malam
2. Bayview Hotel Georgetown

Terletak kira-kira hanya 450 meter dari muzium dan Galeri Seni Negeri Pulau Pinang dan jarak 2 kilometer dari Jambatan Pulau Pinang. Hotel ini juga hanya 20km dari lapangan terbang Pulau Pinang.
Harga yang ditawarkan sekitar RM126+ untuk satu malam
3. Sunway Hotel Georgetown

Terletak betul-betul di tengah bandar Georgetown, Sunway Hotel menawarkan penginapan dengan harga yang sangat berbaloi. Hanya sekitar RM137 untuk dua orang bagi satu malam. Antara kemudahan lain yang ada di hotel ini adalah WiFi, kolam renang, restoran dan gymnasium.
4. Flamingo Hotel by the Beach

Terletak di Jalan Tanjung Bungah, Georgetown, setiap bilik di hotel ini disertakan balkoni, peti ais, penghawa dingin, kettle dan juga televisyen. Pastinya berbaloi dengan harga RM147 untuk satu malam.
5. Berjaya Penang Hotel

Terletak hanya 751 meter dari Gurney Plaza dan Gurney Paragon, 601 meter daripada Colonial Penang Museum, hotel ini menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang cukup baik dengan tawaran harga penginapan sekitar RM118.
6. Hotel Royal Penang

Hanya 5 minit pemanduan dari terminal feri Pulau Pinang, hotel ini dihubungkan terus ke Penang Plaza Shopping Complex. Terletak berhampiran dengan kawasan tempat makan tempatan yang terkenal, lebih kurang 15 minit berjalan kaki.
Hotel ini menawarkan harga serendah RM139.
Ha, amacam berbaloi tak? Sebelum naik harga lagi baik korang rancang perjalanan dan booking cepat. Hiks!
Apa-apa pun jangan lupa ikuti SOP yang telah ditetapkan. Jaga penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka.
Sumber: booking.com