Pilihlah Lelaki Sayangkan Anda! Bukan Kata-Kata Tapi Perbuatannya, Insya Allah Till Jannah

Share

Dalam mencari pasangan hidup, kita sering impikan kekasih yang mencintai kita dari mula berkenalan hingga ke akhir hayatnya. Pasangan yang mahu kekal susah dan senang, tahu berdikari malah faham bagaimana mahu membahagiakan kita.

Ini kerana pada zaman ini, cabaran semasa bercinta dan alam rumah tangga amat berbeza dengan apa dilalui oleh ibu bapa kita dahulu. Dahulu, mak ayah kita tiada kemudahan internet. Hiburan mereka hanya pada tv dan berborak dengan pasangan.

Tetapi hari ini, hidup kita sudah semakin maju ke hadapan di mana semasa makan pun, ada pasangan yang mengadap telefon bimbit masing-masing dari berbual dengan orang di hadapannya. Ada pasangan yang terlalu impikan dunia glamor, menayang segala benda di Instagram, twitter, tik tok mahu pun facebook. Ada kala dari luar orang nampak seperti bahagia tapi ia hanya make up kosmetik sahaja kerana hati tidak bahagia.

Berdasarkan data dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada November tahun lalu, diberitakan bilangan perkahwinan meningkat 1.2 peratus daripada 203,741 (2017) kepada 206,253 (2018).

Walau bagaimana pun, bilangan perceraian meningkat 0.1 peratus daripada 50,314 (2017) kepada 50,356 (2018). Dari data-data ini jelas, banyak cabaran dihadapi oleh pasangan muda dalam melayari alam rumah tangga.





Dalam pada itu, laporan Sinar Harian memaklumkan, kira-kira 80 peratus daripada jumlah keseluruhan kes perceraian di negara ini adalah dalam kalangan orang Islam.
Penasihat One Stop Crisis Centre Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Siti Hawa Ali berkata, perkara tersebut merupakan masalah berat yang sangat membimbangkan.

"Ada lebih 50,000 kes perceraian di negara ini misalnya, sebanyak 40,000 adalah orang Islam.

Melihat kepada angka di atas, nyata kadar perceraian ini sangat membimbangkan. Justeru itu, semasa membuat pilihan memilih pasangan, pilihlah lelaki yang sayang dan cintakan anda.

Perhatikan tindakan dan perbuatannya, bukan pada kata-kata manisnya. Ini kerana “kemanisan” kata akan pudar bila rasa cinta sudah hilang tapi jikalau dia membuktikan cinta melalui kata-katanya, pilihlah dirinya menjadi calon suami korang.

Pilihlah juga pasangan yang serasi dengan minat korang. Orang yang boleh diajak berbincang, orang yang melindungi keluarganya, orang yang boleh mendengar semua masalah korang, orang yang sanggup susah senang bersama mahukan orang yang ringan tulang membantu korang. Insya Allah, rumah tangga yang korang bina akan bahagia hingga akhir hayat. Sumber gambar : FB No One Cares









Published by
Almaswa Haji Che Ros