Pilot Tembak Jatuh Pesawat MH17 Mati Bunuh Diri, Alami Depresi Selepas Dituduh…

Share

Tragedi MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dalam kejadian 17 Julai 2014 empat tahun  lalu sehingga kini masih menemui jalan buntu kerana tiada sebarang pendakwaan dilakukan. Di sebalik penantian semua pihak, dua hari lalu, dunia dikejutkan dengan tragedi bunuh diri ini.

Dua hari lalu, seorang juruterbang pesawat AU Ukraine yang dituduh Russia menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 itu telah membunuh dirinya sendiri. Kapten Vladyslav Voloshyn dikatakan telah menembak dirinya sendiri di rumahnya di kota Mykolaiv dekar Laut Hitam.

Voloshyn selama ini selalu menyebut tuduhan Russia terhadap dirinya adalah satu pembohongan besar.

 

Voloshyn mati membunuh diri dengan menembak diri sendiri 2 hari lalu lapor media Ukraine

Latar belakang juruterbang ini bukan calang-calang orangnya. Dia telah mengetuai 33 kali misi pertempuran dengan mengggunakan Jet Su-25 untuk melawan pemberontak pro Russia di wilayah Timur Ukraine.

Berusia 29 tahun, pilot ini bertugas di Pengkalan Udara Mykolaiv yang terletak di wilayah selatan Ukraine tidak jauh dari kota Odessa.

Anggota keluarga mangsa seperti dilaporkan oleh akhbar di Ukraine mengatakan Voloshyn menderita depresi selepas dituduh melakukan tembakan yang mengakibatkan kesemua anak kapal dan penumpang dan tiada satu pun yang terselamat dalam kejadian menggemparkan dunia itu.

Pesawat MH17 ditembak dari udara dan mengorbankan 298 penumpang termasuk anak kapal

 

Pesawat MH17 ini hancur terkena tembakan peluru berpandu dalam tragedi 4 tahun lalu

Masa yang sama, pemerintah Russia tidak hanya menyalahkan Voloshyn sebagai punca utama tragedi itu. Malah Russia menyebut pesawat Malaysia Airlines itu jatuh selepas ditembak oleh sistem pertahanan udara Bulk milik tentera Ukraine. Bagaimana pun pasukan penyiasat termasuk dari Belanda menafikan tuduhan Russia itu.

Malah mereka membuktikan bahawa seluruh bukti menunjukkan sistem pertahanan udara Bulk ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Russia atau milik tentera Russia sendiri. Sumber : BBC

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros