Pingat #Tokyo2020 Tak Boleh Digigit, Ini Punca Atlet Dilarang Buat ‘Momen Ikonik’ Ini

Share

Penganjur Olimpik Tokyo 2020 dan Paralimpik sebelum ini penah membuat pengumuman bahawa mereka akan mengunakan bahan kitar semula untuk membuat pingat emas, perak dan gangsa menggunakan barangan elektronik yang didermakan oleh orang awam.

Terbaru, insiden ada beberapa atlet yang menggigit pingat mereka di Olimpik Tokyo 2020 iaitu  Anastasija Zolotic selepas memenangi emas dalam taekwondo 57kg, Ryan Murphy, setelah dia mendapat tempat pertama 100 meter kuak lentang; dan penerjun Great Britain, Tom Daley telah menimbulkan kerisauan dan khuatir kepada jawatankuasa temasya tersebut.

Jawatankuasa penganjur Tokyo 2020 telah mengingatkan bahawa hadiah kemenangan itu tidak seharusnya digigit.

Menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi Tokyo 2020 pada ahad lalu, “Kami hanya ingin mengesahkan secara rasmi bahawa pingat #Tokyo2020 tidak boleh digigit,”

 

Sudah menjadi tradisi, pemenang yang ingin memeriksa keaslian emas dalam pingat, ia perlu digigit. Hal ini kerana, sifat logamnya yang lembut dan akan meninggalkan kesan apabila digigit.

Namun berbeza dengan Olimpik Tokyo 2020 apabila projek kitar semula elektronik pengguna dan usaha untuk menyumbang kepada masyarakat yang mesra alam dan kelestarian akan menjadi sebahagian daripada warisan Sukan Tokyo 2020.

Untuk info, E-sisa atau sisa pembuangan sisa elektronik ini kebanyakkannya diambil dari telefon bimbit. Jika tidak dilupuskan secara tak betul, ia memang boleh memberi kesan negatif pada hampir semua sistem badan manusia. Contohnya, plumbum yang ada banyak dalam komponen telefon bimbit korang

boleh rosakkan sistem pembiakan, saraf dan darah. Merkuri pula terdapat pada bateri telefon bimbit. Pendedahan merkuri boleh rosakkan otak dan buah pinggang korang.

Sumber: Independent UK

Published by
Nana