Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun bertindak di luar kewarasan apabila menikam guru kaunselingnya selepas berang bakal dikenakan tindakan buang sekolah. Dalam kejadian di sebuah sekolah agama di Kuala Langat itu, guru lelaki berkenaan ditikam sebanyak tiga kali di bahu oleh suspek ketika sedang tidur di asrama sekolah berkenaan.
Patut benda boleh sabar dan dibawa berbincang tapi berakhir dengan tragedi. Jika sesebelum ini kita dengar bapa pelajar bertumbuk dengan cikgu kerana anaknya dibuang sekolah dalam satu kejadian berlaku di Brunei tapi nampaknya kali ini melibatkan pelajar sendiri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek merupakan pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Katanya tindakan itu berikutan selepas tidak berpuas hati dengan guru terbabit kerana dikenakan tindakan gantung atau buang sekolah.
Ads
“Mangsa telah ditikam sebanyak tiga kali oleh suspek kemudiannya mendapatkan bantuan daripada rakannya dengan pisau tertanam di bahu.
“Suspek kemudiannya diberkas sejurus kejadian tersebut,” katanya di sini hari ini.
Ads
Beliau memberitahu, mangsa kini dirawat di hospital dan dilaporkan stabil.
Jelas Fadzil, pelajar berkenaan akan ditahan reman pagi esok.
Ads
Sumber : KOSMO
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ultraman bukanlah superhero Jepun tunggal, ada berbagai jenis adik-beradik ultraman yang dikenal dengan nama Ultra Crusaders.
Mereka adalah pahlawan super yang bertenaga cahaya suria berasal dari luar angkasa yang melindungi bumi dari raksasa dan alien.
Terbaru, Marvel Entertainment dan Tsuburaya Productions mengumumkan kolaborasi menerbitkan Ultraman bukan filem namun komik dan novel grafik!
Yeah! Ini merupakan baik buat pengikut setia Ultraman dan Marvel!
Komik & Novel Grafik
Berita mengujakan peminat itu diumumkan pada Tokyo Comic Con, dan akan dilancarkan pada tahun depan.
Dihasilkan pertama kali pada tahun 60-an dengan lebih 50 tahun ditayangkan, hero ini telah menghiburkan peminat seluruh dunia di skrin selain manga dan komik. Hari ini, Ultraman kekal menjadi fenomena global dan kekal mengumpul peminat dengan aksinya.
Umum Ultraman Multiverse tahun 2020
Menurut ketua pengarang CB Cebulski, Ultraman telah membawa pengaruh besar kepada peminat menerusi pelbagai media.
Seperti Marvel, Ultraman telah menawan hati generasi demi generasi dan kekal digemari siri televisyen, filem, mainan, game, komik dan sebagainya. Kami teruja mengumumkan lembaran baru Ultraman Multiverse tahun depan.
Ketua pegawai operasi (CEO) Tsuburaya Production Takayuki Tsukagoshi turut meluahkan rasa terujanya dengan kerjasama itu.
Kami teruja untuk meneroka dan mencipta cerita baru francais Ultraman dengan Marvel dan menyatukan peminat Marvel dan Ultraman di seluruh dunia.
Insiden kehilangan pesawat Sriwijaya Air SJY 182 dari radar yang dilaporkan semalam oleh media Indonesia telah mengejutkan ramai pihak memandangkan insiden yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH370 masih lagi dirasai oleh penduduk di rantau Asia Tenggara.
Begitu juga dengan tragedi yang menipa pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas pada tahun 2014.
Hari ini, berita penemuan serpihan dan badan pesawat telahpun diterima selepas operasi pencarian mula dilakukan sejak semalam. Ini merupakan 3 info baharu yang diterima oleh pihak media.
01
Lewat Berlepas
Faktor cuaca buruk bukan saja melanda Malaysia malahan negara jiran termasuk Indonesia. Pesawat Sriwijaya Air SJY 182 yang dijadualkan berlepas dari Bandara Soekarno Hatta di Jakarta telah berlepas 30 minit selepas waktu yang ditetapkan.
Pasukan mencari di Basarnas mula menerima berita kehilangan pesawat Sriwijaya Air SJY 182 dari radar penerbangan pada jam 2.55 petang. Usaha pencarian bermula pada jam 5.00 petang di lokasi yang terhempas sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasang peraiaran Kepulauan Seribu.
Di antara jentera yang mengikuti pencarian itu adalah kapal selam Basarnas, empat kapal perang milik TNI AL, beberapa kapal Republik Indonesia (KRI) dan enam buah kapal Polair.
03
Bangkai Pesawat
Sehingga kini, sebahagian bangkai pesawat Sriwijaya Air SJY 182 dan kepingan logam terapung telah ditemui oleh pasukan penyelam tentera Indonesia di Laut Jawa pada kedalaman 23 meter pada hari ini. Usaha itu dibantu apabila kadar penglihatan di dalam air adalah baik.
04
Mayat Penumpang
Pada tengah hari tadi, media Indonesia melaporkan bahawa sejumlah cebisan badan mayat penumpang pesawat telahpun ditemui oleh pasukan pencarian di sekitar kawasan yang dikenal pasti, kira-kira jam 9.45 pagi ini.
Cebisan mayat yang ditemui itu berada di bahagian belakang badan pesawat. Kesemuanya dibawa ke Jakarta International Container Terminal (JICT) 2 Pelabuhan Tanjung Priuk Jakarta untuk disiasat.
*
Menerusi Twitter, syarikat pengeluar pesawat Boeing berkata bahawa pihak mereka sedang mengumpulkan maklumat berkaitan insiden ini dan mendoakan kesejahteraan anak kapal, penumpang serta keluarga mereka.
Boeing juga sedang berhubung dengan pelanggan syarikat penerbangan mereka dan bersedia menyokong mereka pada masa yang sukar ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jumaat salam penghulu hari ternyata menjawap pertanyaan seluruh ahli keluarga Amir Hamzah, pemuda yang cuba menolong mangsa kemalangan di KM14.5 Lebuhraya NKVE pada 12 Oktober lalu apabila ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan jam 11 pagi padan dengan emaknya Mariam Sanani Harun.
Ini disahkan oleh abang arwah iaitu Khairul Anuar yang berkata, jabatan kimia mengeluarkan keputusan ujina DNA itu pada jam 11.00 pagi.
“Namun ketika itu saya tidak tahu untuk berurusan dengan siapa sehinggalah selepas solat Jumaat tadi, pihak polis memaklumkan kepada kami untuk menguruskan jenazah adik.
“Jenazahnya akan dimandikan di Hospital Shah Alam dan akan dikebumikan selepas Asar ini di Tanah Perkuburan di Padang Jawa, Shah Alam berdekatan dengan rumah saya,” katanya memaklumkan seluruh ahli keluarga berasa lega dengan keputusan tersebut.
“Ia juga menjawap semua pertanyaan ahli keluarga yang ternanti-nanti akan masa itu,” katanya ketika dihubungi dan kini agak sibuk untuk urusan pengkebumian adiknya.
Sebelum ini, penemuan satu mayat di kunci air Seksyen 32 iaitu di Sungai Kandis tiga hari lalu membuatkan ahli keluarga berasa yakin ianya adalah Amir Hamzah berdasarkan baju merah kegemarannya namun tiada sebarang identiti ditemui pada mayat membuatkan pihak polis memerlukan ujian DNA tersebut.
REMAJA yang membuat liputan pada hari kejadian di Hospital Shah Alam dapat menyaksikan ahli keluarganya agak beremosi selepas tidak diberi kebenaran membawa keluar jenazah. Namun emaknya, Mariam yang nampak redha berkata, dia yakin itu anaknya dan berkata sanggup untuk menunggu tiga hari lagi (hari ini).
“Jika lima hari saya tertanya-tanya di mana Amir, kenapa saya tidak boleh menunggu tiga hari lagi,”katanya agak tenang.
Ternyata pemergian anak muda ini syahid dunia apabila lemas ketika arwah cuba menolong sebuah kereta yang terbabas dalam hujan lebat jam 4.00 pagi di Lebuhraya NKVE sehingga arwah tidak sempat mematikan enjin motosikalnya. Tidak sampai berapa minit, sebuah lori simen menghentam kereta tersebut sehingga mengakibatkan arwah tercampak ke dalam Sungai Kayu Ara tanpa siapa menyedari kejadian ini.
Enjin motosikal yang masih hidup ditemui pihak polis di lokasi kejadian dan apabila carian casis enjin dilakukan, ahli keluarganya dimaklumkan tentang motor tersebut.
Satu report orang hilang dilakukan ahli keluarganya kerana motosikal berada dalam keadaan baik namun pencarian ahli keluarganya di lokasi kemalangan menemui porch, sebelah kasutnya dan serpihan helmet di mana ekoran itu pencarian diperluaskan oleh pihak berkuasa ke sungai berdekatan.
Dari sinilah, Amir yang sepatutnya menghadiri majlis konvokesyennya di Universiti Putra Malaysia selepas tamat diploma dalam Aviation Tecnology dari Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics bagaimana pun tidak menghadirkan diri.
AlFatihah (dengan bacaan ) untuk UNSUNG HERO ini. Semoga syurga tempatnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...