Foto: News Straits Times

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir pada 4 Februari ini nampaknya akan dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 18 Februari dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keamanan) Ismail Sabri Yaakob, keputusan untuk melanjutkan PKP 2.0 di seluruh negara kecuali di Sarawak itu dibuat selepas penelitian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melihat peningkatan jumlah kes positif Covid-19.

PKP 2.0 Dilanjutkan Dua Minggu Lagi Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak
Foto: RTM

“KKM mengesahkan kes harian di kesemua negeri-negeri ini masih menunjukkan trend peningkatan dengan kadar positivitinya dalam kluster adalah 20 hingga 40 peratus, malah penularan sporadik dalam komuniti juga tinggi yang melibatkan warga negara dan juga yang bukan warganegara,”

Ads

“Sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKP 2.0 di seluruh negara bermula dari 5 hingga 18 Februari kecuali kawasan-kawasan di Sarawak yang telah diisytiharkan di bawah PKP Bersyarat (PKPB),” katanya di sidang media sebentar tadi.

Ads

Untuk pengetahuan korang, kegiatan merentas negeri dan aktiviti sosial masih lagi tidak dibenarkan.

Ads

Sama-samalah kita duduk rumah dan elakkan keluar jika tidak mempunyai sebarang urusan penting.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI