‘Please Do Not Make Any Police Report’, Alahai Baiknya Hati Tuanku Permaisuri Agong

Share

Rentetan kehilangan twitter permaisuri agong @cheminahsayang, netizen meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan kehilangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah  selepas dua hari hilang di alam maya.

Akhirnya pada pagi tadi akhirnya Tuanku kembali aktif di twitter selepas dikejutkan oleh Tengku Puteri Afzan Aminah.

Sebelum ini ada juga yang melancarkan kempen dengan hashtag #AmpunTuanku bagi ‘memujuk’ Raja Permaisuri Agong mengaktifkan semula akaun Twitter rasminya yang kononnya dinyahaktif ekoran komen-komen negatif dan biadab daripada segelintir pengguna media sosial.

Namun, seorang lelaki pula memohon maaf kerana beliau mengaku memuat naik komen berunsur penghinaan kepada Tunku Azizah.

Dalam titah baginda, Tunku Azizah menjelaskan akaun Twitter miliknya @cheminahsayang tidak dinyah aktif kerana sedih atau marah tetapi disebabkan oleh hal-hal peribadi.
Titahnya, tindakan itu dibuat bukan disebabkan oleh pembulian siber bahkan baginda tidak membaca atau sedar tentang komen yang dimuat naik tersebut.

“Saya menyah-aktifkan akaun bukan kerana sedih, terasa atau marah pada komen-komen mereka. Saya sendiri tidak membaca dan sedar mengenai perkara itu. Ia tiada kaitan. Saya ada sebab peribadi, tolong jangan buat laporan polis,’’ titah Tunku Azizah.

Tulisan Tunku Azizah itu dikongsi oleh anakanda baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah dalam laman Twitternya sebentar tadi.

Jangan laporkan pada polis

Just Chill 

Malah Tuanku Azizah sempat menyuruh semua orang bertenang dan chill.

Netizen Luah Rasa Gembira & Happy Tuanku ‘Kembali’

 

Dah lepas ni netizen jangan nak buat perangai lagi kan, so bersyukur dapat tuanku Permaisuri Agong yang berjiwa rakyat dan baik hati ini.

 

Published by
Nana