“Tolong Jangan Lakukan Sedemikian..” PM Enggan Pengguna Twitter Gelarnya ‘Papa’

Share

Sewaktu pemerintahan kerajaan Malaysia sebelum ini, beberapa nama timangan telah  digunakan bagi merujuk kepada para menteri. Malah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pernah menggunakan gelaran seperti Abah, Pak Long, Ayoh Chik dan Pak Su sehinggakan warganet lebih selesa menggunakan gelaran sebegini sehinggakan gelaran rasmi mereka diketepikan.

ARTIKEL BERKAITAN : Selamat Bertugas Perdana Menteri Ke-10 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Begitupun, lain pula ceritanya dengan Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Anwar ibrahim. Warganet pada hari tertarik dengan ciapan beliau yang menolak sebarang  panggilan ‘manja’ di media sosial buatnya.

Hal ini susulan ciapan balas seorang pengguna Twitter bernama @mirulwrld yang meninggalkan komen “Selamat pagi Papa” di ruangan komen Twitter Anwar Ibrahim.

Anwar (atau pasukan media sosialnya) terus membalas dan meminta agar gelaran sebegitu tidak dipraktikkan dengan berkata, “Please don’t do that

(tolong jangan buat sedemikian)”.

Komen balas Perdana Menteri itu telah membuatkan warganet di Twitter terhibur. Malah, ada yang teringin pula menggunakan panggilan baharu iaitu ‘Walid’ bagi menggantikan ‘Papa’.

Sebagai infoDatuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Justeru segala tindak tanduknya kini menjadi bualan orang ramai rakyat Malaysia.
Ada juga yang turut meminatinya sehingga menjadi fanatik kerana karakter berwibawa yang ditonjolkan olehnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana