Nampak remeh tapi awas ya, girls!
Ia mampu membuatkan korang di luar sana cepat tua dari usia.
1. Kamu sembur terlalu banyak wangian di leher
Jika kamu sering lakukannya, stop! Alkohol dalam wangian mengeringkan kulit (dan menyebabkan kedutan). Sesetengah wangian juga ada kandungan kesturi yang menjadikan kulit kamu sensitif terhadap cahaya matahari. Memadai jika kamu semburkan wangian pada pergelangan tangan.
2. Aksesori di leher terlalu berat
Rantai kamu yang cukup bergaya itu mungkin boleh buat penampilanmu lebih menyerlah, tapi ia juga boleh meregangkan kulit. Sekali-sekala, gantikan rantai dengan gelang atau cincin agar lehermu boleh ‘berehat’.
3. Kulitmu tak cukup lembapan
Cari produk dengan kandungan seperti asid hialuronik, retinol. Vitamin C, dan glycolic acid yang membina kolagen dan menegangkan kulit. Urut ke dalam kulit dengan jari dalam gerakan ke atas.
4. Berat badan kamu tak tetap
Jika berat badan kamu sering naik turun dalam jumlah yang banyak, leher kamu boleh mengalahkan leher ayam belanda! Pastikan kamu maintain berat badan. Elakkan crash diet!
5. Kamu tak lakukan senaman untuk leher
Duduk atas kerusi dan angkat wajah menghadap siling. Buka mulut seluas yang boleh dan cuba cantumkan bibir bahagian bawah ke bibir atas. Tahan tiga saat. Relaks dan ulang 10 kali.
Lakukan senaman ini beberapa kali sehari, dan leher kamu akan nampak muda remaja seperti gadis berusia 15 tahun.
6. Tak pakai SPF
Mula-mula bintik gelap, kemudian bintik penuaan lain..
Jadi jangan sesekali skip krim tabir suria. Beli satu yang mengandungi antioksidan, seperti Vitamin C yang meningkatkan keberkesanan cahaya matahari.
8 Perkara Pertama Korang Harus Lakukan Berdepan Situasi Epilepsi Atau Sawan
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan epilepsi? Secara umumnya ramai yang mungkin tahu epilesi merupakan penyakit sawan. Sebenarnya, epilesi merupakan sejenis kondisi di mana berlaku gangguan neorologikal yang dikarakteristikkan oleh epilectic seizures atau sawan.
Dan kejadian sawan ini merupakan episod yang tidak berkala dan hampir tidak dapat dijangkakan bilakah ia akan menyerang. Epsiod epliepsi ini boleh memudaratkan kepada penghidapnya dengan kecederaan fizikal. Dari segi asal usul namanya, epelpsi beradal dari perkataan Greek iaitu epilēpsía yang membawa maksud ‘serangan’.
Remaja yakin mungkin ada di antara kamu mempunyai ahli keluarga atau rakan-rakan yang merupakan pesakit epilepsi. Sebagai orang terdekat dengan mereka, korang haruslah mengambil tahu bagaimanakah untuk bertindak-balas apabila mereka diserang sawan secara tiba-tiba.
Percayalah, tindakan pantas dengan cara yang betul bukan sahaja mampu menyelamatkan tetapi boleh memberikan keyakinan buat mereka yang tahu bahawa ada orang yang boleh membantu ketika waktu-waktu genting.
EPILEPSI FIRST AID:
Bertenang dan jangan kalut
Fokus terhadap apa yang penting dan harus korang lakukan. Untuk membantu mereka yang diserang sawan kamu terlebih dahulu harus bersedia dan tenang.
Jauhkan sebarang objek
Jika dia memakai cermin mata, tali leher atau skaf sila ambil dan jauhkan darinya. Perhatikan juga jika terdapat objek memberhaya dan tajam berdekatan yang boleh menimbulkan kecederaan. Jika rakan kamu sedang duduk tariklah dia secara perlahan-lahan ke bawah dan baringkan di atas permukaan rata dengan berhati-hati.
Alas kepalanya
Jika tiada bantal, gunakan kain atau baju untuk melapik bahagian kepalanya. Ia bagi memberi perlindungan kepada bahagian kepalanya.
Cuba baringkannya secara mengiring
Perlahan-lahan alihkan badannya supaya dalam keadaan mengiring. Ini bagi membuka laluan pernafasan dengan baik dan memberikan laluan air liur mengalir keluar dengan lebih baik.
Catat masa
Sila ambil perhatian terhadap tempoh masa serangan sawan bermula. Serangan kebiasaannya akan berakhir dalam tempoh dua ke tiga minit.
Periksa kad perubatan
Jika berlaku kepada orang yang tidak kamu kenali, sila periksa di badannya sama ada mereka ada membawa kad perubatan. Sesetengah pesakit epilepsi memakai gelang maklumat perubatan atau kad yang mengandungi informasi kecemasan ahli keluarga terdekat, jenis ubatan yang diambil dan sebarang alahan ubat.
Buat panggilan kecemasan
Jika kamu tidak mengenali mangsa atau ia merupakan serangan sawan yang pertama atau pesakit tersebut mengandung, mempunyai penyakit darah tinggi dan mengalami kecederaan buat panggilan kecemasan dengan segera. Begitu juga jika serangan sawan berlaku lebih daripada lima minit.
Kawal keadaan
Kejadian serangan epilepsi di kawasan awam pastinya akan mengundang banyak perhatian. Oleh itu, kamu hendaklah mengawal keadaan agar mereka tidan mengerumini mangsa. Pastikan mereka membuka ruang untuk mangsa bernafas dan juga laluan untuk pasukan perubatan masuk.
JANGAN LAKUKAN PERKARA DI BAWAH!
Cuba menahan dengan mengikat atau memeluk mangsa
Ia boleh mencederakan mereka dan juga diri kamu sendiri
Memberikan makanan dan minuman
Walaupun hanya seteguk air ia boleh membuatkan mangsa tercekik
Meletakkan objek dalam mulut mangsa
Tanggapan bahawa pesakit yang mengalami epilepsi akan boleh mengkakibatkan mereka tertelan lidah sendiri. Cubaan meletakkan objek di dalam mulut mereka boleh membahayakan mereka dan diri kamu sendiri
Lakukan CPR
Jangan seskali cuba melakukan CPR atau bantuan pernafasan kecemasan melainkan mangsa tidak bernafas selepas sawan berhenti
Semoga perkongsian Remaja kali ini mampu membantu kamu berdepan dengan situasi kecemasan begini. Satu perkara lagi, jika mangsa merupakan rakan atau ahli keluarga berilah mereka dorongan dan jangan biarkan mereka berasa rendah diri atau rasa bersalah. Dengan mengambil tahu tentang langkah-langkah first aid begini ia sebenarnya sudah cukup untuk menunjukkan kepada mereka bahawa korang ambil peduli.
Sumber: Every Day Health
Beg Sampah Harga RM7 Ribu? Jenama Balenciaga Je Mampu Jual
Ada duit semua boleh jadi.
Bagi mereka yang berkemampuan, harga bukan ukuran jika sudah berminat. Masa yang sama demi menjaga status diri, ramai yang sanggup membeli barangan mahal untuk kepuasan diri.
ARTIKEL BERKAITAN : 5 Brand Pakaian Termahal di Dunia, Salah Satunya Pemilik Tudung Tempatan
Terkini, jenama terkemuka Balenciaga memperkenalkan beg kantung menyerupai plastik sampah di koleksi musim gugur dan musim sejuk 2022 yang diadakan pada minggu fesyen di Paris.
Beg kantung tersebut diperbuat daripada kulit lembu dan didatangi dalam tiga warna iaitu kuning, biru dan putih.
Tambahan lagi, logo jenama Balenciaga juga dicetak secara halus di bahagian hadapan beg tersebut.
Mengikut laman web rasmi Balenciaga, beg diberi nama sebagai The Trash Pouch itu dijual pada harga lebih kurang RM7 ribu ($1,790).
Pengarah kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia menyatakan secara ringkas pilihannya untuk mengeluarkan koleksi beg sampah mewah itu adalah kerana tidak ingin melepaskan peluang membuat beg sampah paling mahal di dunia.
Menurutnya lagi, skandal dunia fesyen adalah topik kesukaan peminat fesyen dan sudah pastinya akan menarik perhatian lebih ramai orang.
Hokay, kumpul duit banyak-banyak. Mana tahu bila dah kaya nanti boleh la jadi orang pertama di Malaysia memiliki beg sampah termahal ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Misi Menang Di Poland, Melisha Lin Dimahkotakan Tiara Miss Supranational Malaysia Bernilai USD1.5 Juta!
Secara rasminya, gadis eksotik berketurunan Cina-India, Melisha Lin telah dimahkotakan dengan tiara rasmi Miss Supranational Malaysia 2022, pada 17 Jun lalu.
Bertempat di lokasi penaja rasmi tiara iaitu CERES Jewels, Melisha, 24 kelihatan cukup manis, peramah dan paling utama, bersedia untuk menggalas tugas mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss Supranational 2022 yang bakal dilangsungkan di Poland, tidak lama lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Raih Undian Tertinggi, Melisha Lin Diangkat Sebagai Miss Supranational Malaysia 2022 – REMAJA
Apa yang menjadikan upacara pemahkotaan kali ini bersejarah adalah kerana ia secara tidak langsung menamatkan ‘kemarau’ empat tahun sejak Malaysia menghantar wakil ke pertandingan Miss Supranational.
Kali terakhir adalah menerusi pelakon dan model jelita, Sanjna Suri pada tahun 2018 di mana dia telah menempatkan diri dalam kelompok 25 peserta terbaik. Sanjna yang turut ditemui di majlis yang sama meluahkan rasa gembira apabila akhirnya dia memiliki pengganti setelah tempoh yang cukup lama.
“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Melisha. Saya percaya dia mempunyai segala ciri-ciri sebagai seorang ratu. Bukan hanya cantik, dia juga bekerja keras dan berdedikasi. Saya berharap Melisha akan benar-benar menikmati masanya di Poland kerana peluang tersebut hanya akan datang sekali seumur hidup,” pesan Sanjna.
*
Pada majlis tersebut, Sanjna telahpun menyerahkan mahkota tajaan CERES kepada Melisha yang khabarnya bernilai USD1.5 juta atau kira-kira RM6.6 juta!
Jika korang perasan, tiara tersebut merupakan tiara sama yang pernah ditaja oleh CERES sewaktu berkolaborasi dengan sebuah lagi pertandingan ratu cantik di Malaysia, tidak lama dahulu.
Dalam ucapannya yang diselit sedikit perasaan sebak, Melisha melihat perjalanannya dalam platform Miss Supranational sebagai satu pengalaman yang memberinya seribu satu makna.
“Saya berterima kasih kepada Pengarah Kebangsaan Miss Supranational Malaysia 2022, Dr Sean Wong, Encik Eric Goh, para penaja saya, ahli keluarga, rakan-rakan dan rakan media yang tidak putus-putus memberikan sokongan selama ini.
“Saya memulakan ‘perjalanan Supra’ saya pada tahun 2020 dan ia penuh dengan rasa minat serta dedikasi tinggi; demi mengharungi cabaran-cabaran yang hadir dengannya. Akhirnya, tiba juga masa yang saya nanti-nantikan.
“Tinggal seminggu saja lagi sebelum saya bertolak ke Poland pada malam 26 Jun 2022 dan membawa nama Malaysia di Miss Supranational 2022,” umum graduan jurusan Pengurusan Pemasaran ini dengan penuh bertenaga.
Melisha terlebih dahulu pernah menyertai pertandingan ratu cantik Supra Star Search dan menduduki kedudukan Naib Juara. Bak katanya sendiri, “Takdirnya (untuk menang) tidak dinafikan tetapi hanya ditangguhkan seketika.” (“My destiny was not denied but just delayed.”)
“Saya amat bersyukur kerana dipilih mewakili Malaysia ke Poland. Saya teruja dengan peluang ini dan buat organisasi Miss Supranational, terima kasih kerana sekali lagi menerima penyertaan Malaysia setelah empat tahun (negara) tidak menghantar wakil ke sana.
“Ingatlah (kepada semua yang menyokongnya), usah pernah takut untuk mencuba, jangan biarkan kegagalan lampau menghantui anda dan hanya diri anda yang menakrifkan siapa anda yang sekarang,” tambahnya lagi.
Relatifnya, Melisha tidak mempunyai tempoh masa penyediaan terpanjang dalam kalangan ratu cantik dari Malaysia sebelum bertanding di peringkat antarabangsa. Kira-kira sebulan saja masa yang dimiliki Melisha. Bayangkan, dia dimahkotakan secara rasmi hanya sembilan hari sebelum bertolak.
Namun percayalah, Melisha telah menggunakan waktu yang ada ini untuk betul-betul mempersiapkan apa yang patut untuk memberi saingan terbaik. “Selain menghabiskan waktu-waktu terakhir ini untuk menyiapkan penggambaran ‘look book’ saya (OOTD Melisha di Poland kelak), ada beberapa video lain yang perlu saya siapkan untuk dihantarkan kepada pihak Miss Supranational.
“Ya, banyak juga perkara yang perlu saya lakukan sebelum hari Ahad ini tetapi saya tetap teruja,” katanya yang telahpun menyiapkan tiga gaun malam untuk dipilihnya menjelang acara kemuncak Miss Supranational 2022.
Jangan lupa untuk mengundi Malaysia dan Melisha bagi Miss Supranational 2022 apabila info lanjut mengenai proses pengundian diberitahu kelak. Ayuh Malaysia! Kita pernah menjadikan impian beberapa ratu cantik negara tercapai menerusi undian peminat sebelum ini. Jadikan impian Melisha untuk membuka langkah seterusnya di pentas Miss Supranational 2022 satu kenyataan.
Sumber Foto : Instagram Melisha Lin
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.