Pelakon, Mia Sara baru-baru ini mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan gambar dan namanya bagi melakukan kegiatan scam atau penipuan
Mia yang berkongsi hal itu menerusi akaun Tiktok miliknya semalam berkata pihak berkenaan menggodam emel dan juga akaun media sosial seperti X, Telegram dan Youtube.
“Saya tak boleh nak akses emel, Twitter (X), Telegram dan YouTube. Sebab dia ambil emel saya jadi dia gunakan sosial media saya untuk scam orang lain. Saya memang tak dapat akses lagi,” katanya.
Beberapa tangkap layar mesej perbualan mangsa-mangsa scammer yang menggunakan nama pelakon itu juga turut dikongsikan.
Mia Sara juga meminta orang ramai supaya tidak terpedaya sekiranya mereka menerima mesej tersebut secara peribadi. Jelasnya lagi, pihak
scammer tersebut menawarkan kelas dan urusan jual beli akaun yang menggunakan namanya.“Mana-mana pihak yang dapat notis atau mesej daripada Twitter (X) dan Telegram. Saya pun tak pakai Telegram dan kalau ada orang kata saya buka kelas ke apa, itu bukan saya.” – Mia Sara
“Itu orang lain yang guna nama dan muka saya,” ujarnya.
Menurutnya, dia juga menerima aduan daripada beberapa pengikut di media sosial mengenai kegiatan tersebut. Disebabkan itu, Mia memohon maaf kepada semua mangsa scammer berkenaan memandangkan hal ini terjadi diluar kawalannya.
Jelasnya lagi, laporan polis akan dibuat agar orang ramai tidak tertipu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.