Terbaru, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2/2025 diumumkan bakal berlangsung bermula 11 Mei hingga 24 Jun ini di dua lokasi terpilih, iaitu Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang.

Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa seramai 550 pelatih dijangka terlibat dalam sesi latihan selama 45 hari tersebut.

Bagi individu yang sudah memohon, panggilan kemasukan pelatih boleh disemak melalui laman sesawang rasmi JLKN di pautan jlkn.mod.gov.my.

Baca: Dijadualkan Bermula Pada Tahun 2025! Ini 5 Fakta Best Mengapa Korang Tak Patut Cuak Jika Terpilih Masuk Ke PLKN!

Ads
PLKN 3.0 Siri 2/2025 Diteruskan, 550 Pelatih Bakal Jalani Latihan 45 Hari Bermula Mei Ini
Kredit foto: Sinar

Dalam pada itu, latihan kali ini akan melibatkan gabungan latihan fizikal, mental dan sivik, yang berasaskan 70 peratus modul latihan asas ketenteraan dan 30 peratus komponen kenegaraan.

Manakala, bagi modul asas ketenteraan, pelatih akan dilengkapi dengan kemahiran asas tentera, pengetahuan tentang dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia Madani serta kemahiran kepimpinan.

Sementara itu, modul komponen kenegaraan akan memberi pendedahan kepada pelatih berkaitan elemen jati diri, semangat patriotisme dan usaha memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat.

Ads

 

PLKN 3.0 Siri 2/2025 Diteruskan, 550 Pelatih Bakal Jalani Latihan 45 Hari Bermula Mei Ini
Kredit foto: Bernama

Terdahulu, PLKN 3.0 siri 1 telah pun dijalankan pada 12 Januari lalu selama 14 hari di Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur. Latihan percubaan tersebut hanya membabitkan seramai 200 pelatih lelaki yang memohon secara sukarela.

Ads

Sekadar info, sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui laman sesawang rasmi JLKN atau dengan menghubungi Unit Pelatih di talian 03-40133 613 / 03-40133 618 atau melalui e-mel di alamat info.jlkn@mod.gov.my untuk maklumat tambahan.

Baca: It Is Back! 15 Hari Menjelang Latihan Percubaan PLKN 3.0, Ini 4 Info Yang Patut Korang Tahu

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI