Plot Kes Pelakon Thailand Lemas Semakin Rumit, Polis Tidak Yakin Kenyataan 5 Saksi

Share

 

Pihak polis Thailand memaklumkan mereka tidak yakin dengan kenyataan yang diberikan oleh lima orang saksi yang berada di dalam bot laju bersama pelakon TV popular, Nida ‘Tangmo’ Patcharaveerapong semasa mangsa terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya.

Tangmo ditemui maut terapung di sungai terkenal itu pada hari Sabtu lalu, dua hari selepas tubuhnya dilaporkan hilang akibat terjatuh bot laju oleh media tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN : Pelakon Thailand Gemparkan Rakyat Selepas Mayat Ditemui Di Sungai Chao Phraya – REMAJA

Nida ‘Tangmo’ Patcharaveerapong. Foto INSTAGRAM

Kata Leftenan Polis Awam Jirapat Phumjit dalam satu laporan oleh Bangkok Post semalam, punca kematian Tangmo pada waktu ini telah dicatatkan sebagai lemas. Namun siasatan bagi menetapkan bagaimana Tangmo boleh terjatuh ke dalam sungai tersebut sama ada disebabkan kecuaian sendiri ataupun dirinya ditolak; akan mengambil masa.

“Dalam pada itu, bagi kenyataan yang diberikan oleh lima orang saksi di dalam bot tersebut, pihak polis belum sepenuhnya yakin (dengannya),” ulasnya.

Lima orang saksi yang dimaksudkan ialah Idsarin ‘Gatick’ Juthasuksawat (pengurus Tangmo), Wisapat ‘Sand’ Manomairat; Nitas ‘Job’ Kiratisoothisathorn, Tanupat ‘Por’ Lerttaweewit dan Phaiboon ‘Robert’ Trikanjananun.

Tanupat merupakan pemilik bot laju tersebut manakala pemandunya, Phaiboon pula didapati tidak memiliki lesen memandu bot laju yang sah.

Pengurus Tangmo, Idsarin ‘Gatick’ Juthasuksawat semasa bertemu ibu mendiang, Panida Sirayutthayothin, Khamis minggu lalu. FOTO Bangkok Post
Salah seorang saksi kejadian sewaktu tiba di Balai Polis Muang Nonthaburi untuk pemeriksaan fizikal. FOTO Bangkok Post
Mendiang Tangmo bersama pengurusnya, ‘Gratik’. FOTO Thaipbsworld

Selasa lalu, kelima-lima saksi telah diminta melakukan pemeriksaan fizikal dan menyerahkan pakaian mereka semasa hari insiden bagi melancarkan siasatan. Hasil ujian fizikal mendapati Nitas mempunyai beberapa kesan cakaran dan lebam; namun behagian kesan itu tidak pula diperjelaskan. Doktor yang bertanggungjawab melakukan pemeriksaan fizikal mengesahkan kesan-kesan tersebut bukan disebabkan kuku seseorang atau akibat paksaan.

Lapor Bangkok Post lagi, kini polis akan meneruskan siasatan menerusi beberapa fasa. Salah satunya adalah untuk membawa satu-persatu saksi (secara berasingan) menaiki bot laju mirip yang mereka naiki dan pada waktu mirip hari kejadian.

Sumber Foto : Bangkok Post

Siasatan yang akan mengambil tempoh lima hari ini dilakukan bagi memberi gambaran yang lebih jelas kepada punca Tangmo boleh terjatuh serta bagi memeriksa sekiranya terdapat sebarang info yang bercanggah daripada kenyataan yang diberikan lima saksi terbabit.

Dalam pada itu, ramai masyarakat tempatan di Bangkok didapati meletakkan bunga di Pibulsongkram Pier untuk memberi penghormatan kepada mendiang Tangmo.

Sumber Foto : The Phuket News

[ KEMASKINI ]

Menurut sumber polis, kesemua lima saksi dipercayai akan berdepan dakwaan kecuaian yang menyebabkan kematian serta akibat memberi kenyataan bercanggahan kepada pihak polis. Seperti yang diberitahu di atas, Tanupat dan Phaiboon telah didakwa kerana mengoperasikan bot laju tanpa lesen sah dan kecuaian.

Disebabkan tidak mempunyai pengalaman memandu bot laju, Phaiboon telah kehilangan kawalan lalu membuatkan Tangmo yang berada di bahagian belakang bot untuk mencapai Cik Wisapat kerana dikhuatiri tergelincir dari tempat duduk. Sebagai respon balas, Cik Wisapat dikatakan menarik kakinya yang membuatkan Tangmo terjatuh dari bot laju.

Sumber : (1) (2)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ