Apa Terjadi Kepada Malaysia Selepas PM Umum Parlimen Dibubar Hari Ini?

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Sah! Selepas ura-ura berlegaran selama berminggu-minggu, akhirnya Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pembubaran parlimen ke-14 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 sebentar tadi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media tergempar pada jam 3 petang tadi berrkata pembubaran itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini susulan pertemuan beliau yang dilapor menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara; dipercayai untuk mendapat perkenan baginda mengenai pembubaran Parlimen. Pertemuan itu berlaku tanpa pengetahuan media dan sebelum baginda berangkat ke London malam tadi untuk mengadakan lawatan khas ke United Kingdom selama seminggu.

Pembubaran parlimen ini juga sekaligus menjadikan 2022 sebagai tahun di mana jurang di antara tarikh pembentangan bajet (Jumaat lalu) dan tarikh pembubaran parlimen sebagai yang terpendek dalam sejarah.

Persoalannya, apa sebenarnya yang akan berlaku selepas pengumuman pembubaran parlimen ini?

 

01

Pertamanya, ketua-ketua kerajaan negeri dinasihati oleh Perdana Menteri untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi membubarkan Dewan Undangan negeri (DUN) masing-masing kecuali kerajaan negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor yang telah mengadakan Pilihan Raya Kecil selepas PRU-14 lalu.

Begitupun, Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa ke atas pembubasan DUN. Ini kerana Dewan Negeri terdiri daripada anggota-anggota yang dilantik dan bukannya dipilih menerusi proses pilihan raya.

 

02

Pembubaran ini menandakan hari pengundian oleh rakyat Malaysia semakin hampir. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan writ dan arahan kepada pegawai pilihan raya bahagian di seluruh negara untuk mengadakan pilihan raya di kawasan masing-masing. SPR mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya mulai tarikh pembubaran parlimen dan dewan-dewan undangan negeri.

 

03

Notis pilihan raya yang mengandungi tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian awal serta pengundian biasa akan diletakkan di semua kawasan dan secara dalam talian untuk tatapan orang ramai.

 

04

Calon yang dipilih parti untuk bertandiing akan menyerahkan borang pencalonan kepada pegawai pilihan raya pada tarikh penamaan calon. Pada hari tersebut, borang perlu diserahkan di antara jam 9 ke 10 pagi. Semua calon juga perlu membayar deposit RM10,000 untuk kerusi Parlimen dan RM5,000 untuk kerusi Dewan Undangan Negeri.

Untuk pengetahuan korang, deposit yang dibayar ini tidak akan dipulangkan sekiranya calon gagal mendapat satu per lapan daripada jumlah undian di kawasan bertanding.

Pencalonan juga boleh dibatalkan jika calon didapati muflis, tidak waras dan bukannya warganegara Malaysia.

Pegawai pilihan raya kemudian akan mengumumkan nama calon yang layak bertanding selepas jam 10 pagi

 

05

Mengikut sejaran Pilihan Raya Umum Malaysia, tempoh paling lama di antara tarikh pembubaran dan tarikh penamaan calon berlaku pada tahun 1969 di mana 23 hari telah diambil. Manakala tempoh paling singkat pula berlaku pada tahun 1986 iaitu selama 5 hari.

 

06

Maka bermulalah kempen pilihan raya selepas proses penamaan calon. Kempen ini hanya dibenarkan dilangsungkan hingga jam 12 tengah malam sebelum hari pengundian. Calon dan parti juga perlu mematuhi tingkah laku dan mendapatkan kebenaran untuk bahan kempen serta forum mereka.

 

07

Mesti ada di antara korang yang bertanya, apa jadi kepada Bajet 2023 yangg baru sahaja dibentangkan Jumaat lepas? Sia-sia sahaja kerana ia belum diluluskan?

Well, Bajet 2023 dijangka akan kembali dibentangkan dan diluluskan setelah selesai PRU 15 kelak. Perkara ini pernah berlaku pada tahun 1999 di mana parlimen dibubarkan selepas bajet dibentangkan. Bajet 2000 kemudian dibentangkan semula,

Sumber : (1) (2)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ