Ads
Home Berita PM Cadang Kelonggaran Individu Lengkap Vaksin, Rentas Negeri Dan ‘Dine In’

PM Cadang Kelonggaran Individu Lengkap Vaksin, Rentas Negeri Dan ‘Dine In’

Ads

Berita baik buat masyarakat Malaysia yang sudah menerima lengkap 2 suntikan dos vaksin.

Menerusi peningkatan jumlah suntikan yang diterima rakyat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yasin mencadangkan kepada pihak jawatankuasa pengurusan yang terlibat untuk menilai semula kelonggaran kepada penerima dua dos suntikan vaksin.

PM Cadang Kelonggaran Individu Lengkap Vaksin, Rentas Negeri Dan ‘Dine In’

“Mutakhir sekali saya minta Jawatankuasa Pengurusan (JKJAV) ini menilai semula bagi mereka yang dapat vaksin dua suntikan supaya mereka akan diberikan kelonggaran-kelonggaran, sama ada dari segi perjalanan atau pergi ke kedai atau makan di restoran.

Ads

“Ini petanda supaya kita nak tunjukkan sementara kita menguruskan COVID-19, maka kehidupan rakyat mungkin sedikit demi sedikit akan kembali seperti masa-masa yang lepas,” katanya kepada media selepas membuat tinjauan penyediaan Bakul Prihatin Negara di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ads

Selain itu, Perdana Menteri, turut menyatakan penerima dua dos suntikan vaksin akan diberi kelonggaran dari segi perjalanan serta makan atau dine-in di restoran.

Untuk info, sehingga 14 Julai 2021, lebih 12 juta pemberian dos 1 dan dos 2 vaksin diberikan kepada orang ramai dengan jumlah suntikan kini yang melebihi 400,000 dos sehari.

Ads

Wah…bestnya boleh rentas negeri dan lawat mak ayah di kampung.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI