PM Pakai Songkok Tanpa Tali Leher Di Jakarta, Ingin Martabat Budaya Serumpun Malaysia-Indonesia

Share

Pemakaian songkok oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu turun dari pesawat di Lapangan Terbang Antaraangsa Soekarno-Hatta semalam telah mencuri tumpuan ramai pihak.

Beliau yang diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  tiba pada 1.57 petang dan berada di sana selama dua hari bagi lawatan sulung ke luar negara sejak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Menerusi ciapan di Twitter, pasukan media sosial Anwar Ibrahim pantas mengemaskini perkembangan terbarunya di sana.

Paling menarik perhatian adalah penjelasannya mengenai pemakaian songkok hitam bersama set sut serba hitam serta kemeja biru TANPA tali leher.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dresscode’ Anwar Ibrahim Jadi Tumpuan, Pemuda Twitter ‘Decode’ Penampilannya Tanpa Tali Leher – REMAJA

“Saya turut memakai songkok bagi memartabatkan budaya dan tradisi serumpun Malaysia-Indonesia.”

“Saya mengharapkan lawatan ini akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara disamping meneroka peluang kerjasama baharu menerusi perbincangan bersama Presiden Joko Widodo,” catatnya.

Menyambut baik niat pemakaian songkok Anwar Ibrahim kitu, berikut merupakan sebahagian daripada respon warganet:

“Mohon maaf yang menerima bapak hanya menteri PUPR (Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyyat Indonesia, Basuki Hadimoeljono) dan tidak memakai songkok juga.”

“Yang sambut tidak memakai songkok.”

Well, ia bukanlah sebahagian daripada tata pemakaian rasmi, bukan. Jadi tidak salah pun sekiranya Menteri Basuki Hadimoeljono dan Duta Besar Indonesa ke Malaysia, Hermono tidak memakai songkok.

Rata-rata pemberita Indonesia juga menyambut baik kehadiran Perdana Menteri dan isteri ke sana semula.

Welcome back home, Prime Minister Anwar” – The Jakarta Post

*

Sejak berada di sana, Anwar Ibrahim telahpun menyaksikan beberapa acara penting bagi mengukuhkan hubungan diplomasi di antara Malaysia-Indonesia.

Ini termasuklah Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan surat niat (Lol atau Letters of Interest) antara syarikat Malaysia dan Indonesia.

Menerusi acara ini, Malaysia secara rasmi menyatakan hasrat untuk terlibat dalam pembangunan kota baharu Indonesia, Nusantara melibatkan sejumlah RM1.66bilion. Malah, syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga berhasrat meneroka peluang di sana.

BACA LAGI: PM10 Jadi Perhatian Lagi, Kali Ini Nama Anwar Ibrahim Muncul Di ‘Who Wants To Be A Millionaire’ India – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ