Kehadiran bulan Oktober selalunya dikaitkan dengan Belanjawan Malaysia yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan negara. Justeru, tahun ini tiada jauh bezanya apabila rakyat menunggu 18 Oktober ini bagi Belanjawan 2025.
Menariknya apabila ditemui oleh pemberita minggu ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan akan ada perubahan dalam pemberian subsidi dalam sektor pendidikan di peringkat sekolah.
Menurutnya, kerajaan akan menghentikan pemberian subsidi kepada pelajar yang berasal daripada kaum keluarga kaya yang mampu menanggung perbelanjaan pengajian setiap orang anak dalam institusi kekeluargan tersebut.
Ini kerana adalah tidak adil dan munasabah jika subsidi pendidikan yang seharusnya dimanfaatkan oleh rakyat miskin bijaksana untuk turut dinikmati oleh anak golongan elit termasuklah dalam kalangan pegawai kanan awam, kepimpinan politik dan usahawan terkenal.
“Anak-anak golongan kaya ke sekolah menengah sains yang dibantu dengan subsidi tinggi kerajaan, harus dihentikan.
“Ini saya beri hebahan awal sebelum umum belanjawan bulan depan (sewaktu beliau ditemui pada akhir September). Jika negara benar-benar mahu adil, harus diberikan termasuk kepada golongan rentan.
“Hasil ini akan digunakan untuk membantu tambahan kepada rakyat yang miskin,” katanya Isnin lalu sewaktu berucap di Simposium Kebangsaan 2024: Menokhtahkan Kemiskinan,” katanya.
Terdahulu, kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim telah mengambil langkah menghentikan pemberian subsidi elektrik dan haji kepada golongan T20.
SUMBER: Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Bongkar Misteri Kematian Pelajar! Ini 4 Alasan Mengapa Anda Patut Tonton Drama Adaptasi Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi! – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.