Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto Hiasan : The Star

 

Tanpa mengambil kira status ekonomi, bangsa atau agama seseorang graduan universiti, Perdana Menteri; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini telah mengumumkan bahawa graduan ijazah sarjana muda kelas pertama akan dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

Keistimewaan ini akan diberikan kepada peminjam yang menamatkan pengajian mereka bermula tahun 2019 sebagai dorongan kepada pelajar untuk terus bersungguh-sungguh mendapatkan kelulusan terbaik dalam pengajian masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN : PTPTN Lancar Aplikasi myPTPTN Bagi Mudahkan Urusan Pengguna – REMAJA

Dalam perucapan Perdana Menteri di majlis sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN itu, beliau mengharapkan agar pihak PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung perkara ini terutamanya dari aspek peruntukan.

Ads

“Saya melihat PTPTN telah memberikan tumpuan kepada aspek penabungan dengan kerjasama strategik. Justeru, PTPTN juga boleh melaksanakan inisiatif yang sama untuk meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman.

“Saya difahamkan sehingga akhir bulan lepas, lebih 2 juta atau 82.04 peratus peminjam telah membayar balik pinjaman dengan jumlah kutipan sebanyak RM17.8 bilion. Terima kasih saya ucapkan kepada para peminjam yang komited membuat bayaran balik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada warga PTPTN atas segala khidmat bakti dan komitmen yang dicurahkan selama 25 tahun sejak ia ditubuhkan agar memastikan tiada anak muda yang tercicir daripada melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN : PTPTN Perkenal Insentif Diskaun Bayaran Balik Pinjaman Dalam BAJET 2022 – REMAJA

Apa tunggu lagi guys?! Rebut peluang untuk mendapat keputusan terbaik DAN bebas daripada perlu membayar semula pinjaman PTPTN korang. Hehe..

Ads

SUMBER : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI