Sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia yang ke-10, beliau terus menjadi perhatian warganet dalam mentadbir dan menguruskan negara.
Jika kita diperhatikan di media sosial, ada sahaja perkara yang membuatkan rata-rata warganet cuba untuk menahan diri mereka untuk mengagumi sikap merendah diri pemimpin tersebut untuk mengelakkan dilabel sebagai ‘pentaksub’.
Terbaharu, nama baik PM 10 itu telah ‘berkumandang’ menerusi rancangan ‘game show’ terkenal antarabangsa, Who Wants to Be a Millionaire di India, apabila soalan yang diajukan kepada peserta adalah berkaitan dengan beliau.
Menerusi sedutan video rancangan tersebut, dapat dilihat peserta ditanya negara manakah yang memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada tahun 2022 dan peserta berjaya menjawab soalan tersebut dengan tepat.
Ads
Susulan itu, klip video tersebut telah mencuri perhatian warganet. Menerusi ciapan di Twitter, ada segelintir yang berasa kagum dan ada juga yang mengatakan ia perkara biasa untuk ditanya kerana berkaitan pengetahuan AM.
“Hebat DSAI. Bukan setakat pemimpin dan ulama’ dunia, marhaen biasa luar negara pun kenal dia,” ciap seorang pengguna.
Ads
“Soalan tanya siapa Perdana Menteri Malaysia sahaja pun. Normal lah pengetahuan umum orang tanya siapa perdana menteri sesebuah negara itu,” ciap seorang lagi pengguna.
Selain itu, Ada juga netizen tertanya-tanya kenapa sudah tiada rancangan itu di Malaysia.
Ads
“Kenapa rancangan ni dah takde kat Malaysia eh?” ciap seorang netizen.
Sekadar informasi, rancangan yang pernah terkenal satu ketika dahulu di Malaysia, mula diperkenalkan di Amerika Syarikat. Malah, terdapat negara lain turut perkenalkan rancangan tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Beberapa syarikat telekomunikasi tempatan mengambil inisiatif untuk membantu rakyat sepanjang tempuh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dengan menawarkan data Internet percuma dan lain-lain kemudahan.
Hal ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebentar tadi.
Menurut MCMC, bagi industri telekomunikasi dan multimedia, beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi, termasuk usaha-usaha menambahbaik rangkaian telekomunikasi bernilai RM1 bilion.
Selain itu, semua pelanggan pascabayar & prabayar celcom, DIGI, Maxis dan umobile akan menerima internet berkelajuan tinggi setiap hari sebanyak 1 GB secara percuma.
Penggunaan kuota data ini bebas mengikut kehendak pelanggan tetapi hanya aktif dari 8 pagi hingga 6 petang. Dengan ini masalah kekurangan data untuk melakukan kerja dari rumah misalnya dapat dielakkan.
Moga berita baik ini memberi manfaat kita semua dan korang boleh la duduk rumah diam-diam okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru saja reda isu Sungai Kim Kim yang tercemar tiga bulan lalu di mana kesihatan lebih 6000 penduduk di Pasir Gudang terjejas akibat pencemaran udara, sejak tiga hari lalu, kes yang sama berulang kembali di mana sudah mula banyak sekolah-sekolah di kawasan terbabit ditutup.
Sejak semalam 17 buah sekolah diarah tutup sehingga 27 Jun ini dan berpuluh orang menerima rawatan akibat sesak nafas.
Hari ini tular para pelajar dari Sekokah Menengah Tanjung Puteri Resort yang pengsan dan lembik akibat kekurangan udara. Dalam masa 6 jam perkongsian seorang ibu di fb atas nama Julie Juliana, ia mendapat 3.8k syer dan ramai netizen meluahkan rasa meluat mereka dengan kejadian terbaru ini.
Sampai bila nyawa pelajar sekolah harus menjadi pertaruhan para pengilang yang membuang sisa toksid dan melepaskan bahan buangan ke udara sehingga kualiti udara jadi tidak sihat?Beginilah keadaan para pelajar dari Sekolah Menengah Tanjung Puteri yang tular di media sosial. Gambar Julie JulianaApa perasaan ibu bapa yang pastinya risau bila malapetaka begini terjadi. Gambar Julie JulianaRawatan segera diberi kerana kebanyakan pelajar alami sesak nafas teruk. Gambar Julie JulianaSeolah tiada belas kasihan akan nasib anak-anak ini. Pencemaran terus berlaku dan timbul pertanyaan, selamatkan Pasir Gudang dari diduduki manusia?Pelajar sekolah ini pengsan selepas terhidu gas beracun di sekolah terbabit
Bayangkan ahli keluarga yang anak-anak mereka bersekolah di kawasan tercemar ini?
Jiwa kita pasti sebak melihat remaja pengsan akibat kekurangan oksigen malah gambar-gambar ini turut viral di media sosial yang akhirnya mengundang kemarahan orang ramai.
“Again and again”. Kata netizen.
“Mentang-mentang tidak kena pada ahli keluarga sendiri, kilang-kilang bebas mengeluarkan dan membuang sisa toksid tanpa memikirkan keselamatan orang ramai” luah mereka lagi.
Lebih menambah kemarahan netizen, jika Mac lalu Kerajaan Negeri mengeluarkan RM6.4 juta untuk membersihkan sungai Kim Kim yang tercemar, minggu ini ramai yang bertanya berapa juta lagi harus dikeluarkan oleh kerajaan untuk memastikan kesihatan penduduk dan pelajar di kawasan terbabit selamat?
Dalam satu kenyataan Pakar Kualiti Air dan Pemodelan, Dr Zaki Zainudin berkata penduduk tempatan pernah mengadu kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) namun TIADA maklum balas seperti dilaporkan oleh page Public Health Malaysia semalam.
Bencana ekologi Sungai Kim Kim adalah TRAGEDI yang menunggu masa. Ia adalah rahsia terbuka bahawa sungai itu telah menjadi tapak pembuangan sejak 2012,” katanya yang memerhatikan sungai itu hampir 10 tahun.
Terkini, 17 buah sekolah terpaksa ditutup berikutan pencemaran udara di Pasir Gudang.
Selamatkah Pasir Gudang untuk penduduk setempat?
Bayangkan apa kesan jangka panjang sekiranya pencemaran terus berlaku kepada penduduk tempatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, persatuan mahasiswa Universiti Kebangsaan Chungnam (CNU), Korea Selatan telah meraih perhatian apabila meminta maklumat peribadi dan meminta tanda tangan akur janji daripada peminat kumpulan terkenal, AESPA untuk festival universiti yang akan diadakan pada hujung Oktober ini.
Difahamkan, pada 21 Oktober lalu, persatuan mahasiswa CNU telah memuat naik pengumuman menerusi akaun rasmi mengenai festival CNU 2024 “ACCESSIO: Soaring” dan memaklumkan bahawa jadual penampilan AESPA adalah pada hari ketiga iaitu 30 Oktober.
Dalam pada itu, wakil persatuan mahasiswa universiti tersebut juga turut memberitahu jika mana-mana pihak ingin mengambil gambar atau merakam video persembahan AESPA, mereka perlu membuat permohonan sah dan izin, perjanjian yang ditandatangani, dan perjanjian pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi pemohon.
Dilaporkan, permohonan tersebut dibuka bermula 21 sehingga 23 Oktober, namun pihak persatuan mahasiswa CNU menyatakan mereka akan menapis permohonan dan hanya individu tertentu sahaja yang bakal dipilih seterusnya keputusan akan dimaklumkan pada 24 Oktober.
Susulan itu, hal tersebut telah mendapat kritikan ramai pihak terutama peminat AESPA kerana ada yang berpendapat persatuan mahasiswa bukanlah entiti sah berdaftar seperti bank atau organisasi kerajaan yang berhak mengumpul data dan maklumat peribadi.
Selain itu, ada juga yang mempersoalkan kesahihan dan kelayakan persatuan mahasiswa universiti berkenaan dalam mengumpul maklumat peribadi tanpa borang kebenaran tambahan.
Walau bagaimanapun, pihak persatuan mahasiswa CNU berkeras bahawa sebarang peranti rakaman yang tidak diluluskan adalah dilarang sama sekali kecuali telefon bimbit.
Tambahan, mereka juga mengharamkan penggunaan tripod, makanan, tempat letak kaki dan ‘selfie stick’, dan memberi amaran jika mana-mana individu gagal mematuhi arahan tersebut boleh mengakibatkan mereka dikeluarkan daripada acara itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sedang berdepan dakwaan melibatkan kegagalan membayar hutang berjumlah RM4.65 juta kepada sebuah syarikat, pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura dilihat kekal tenang meneruskan...