PMX Beria ‘Welcome’, Rupanya Ini Sumbangan Besar COLDPLAY Kepada Malaysia

Share

Sebagaimana kita sedia maklum, kumpulan rock terkenal British, Coldplay yang akan menjayakan konsert mereka di Kuala Lumpur, pada 22 November depan. Ramai yang teruja dengan berita kedatangan kumpulan terkemuka dunia ini termasuklah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN: COLDPLAY Sah Datang KL November Ini! Tiket Mula Dijual 17 Mei

Malah, ramai netizen Malaysia yang masih kecewa apabila tiket konsert Coldplay: Music of the Sphers World Tour habis terjual dalam tempoh empat jam sejak penjualan hari kedua dibuka jam 10 pagi.

Untuk pengetahuan korang, vibes kumpulan muzik terkenal Coldplay ini begitu kuat di Malaysia kerana mereka dilaporkan pernah menjadi antara penyumbang utama kapal pembersih sampah di perairan negara beberapa tahun lalu.

Terkenal dengan lagu antaranya Fix You dan Paradise, Coldplay sebelum ini mengumumkan kolaborasi mereka dengan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan dari Belanda, The Ocean Cleanup, dalam usaha mencegah sampah dan pencemaran daripada masuk ke laut. Antara pendukung kuat inisiatif hijau dunia, Coldplay menaja mesin memerangkap sampah sungai “Interceptor 005” yang digunakan di Malaysia

Untuk info, Malaysia adalah negara pertama yang akan menerima Interceptor 005.

Interceptor 005 memerangkap hingga 100 tan sehari sampah

Interceptor adalah sebuah teknologi inisiatif The Ocean Cleanup yang mampu memerangkap hingga 100 tan sehari sampah terapung yang dibuang ke dalam sungai sebelum sampai ke laut.

Direka khas untuk membendung pencemaran di 1,000 sungai paling tercemar di dunia, Interceptor 005 adalah salah satu daripada dua unit yang dihasilkan dalam siri rekaan generasi ketiga teknologi ini.

Sisa plastik dari sungai akan dibawa arus sehingga ke tempat pusaran sampah di tengah lautan, yang mana sampah sarap akan terkumpul di dalam arus berputar itu selama bertahun-tahun. Kekurangan tindakan untuk mencegah pencemaran ini akan meningkatkan kesan buruk terhadap ekosistem, kesihatan dan ekonomi.

Sejak 2019, The Ocean Cleanup telah mengumumkan inisiatif Interceptor untuk saluran air tercemar di pelbagai negara seluruh dunia termasuk Indonesia, Republik Dominica, Vietnam, Amerika Syarikat, Jamaica dan Thailand.

Kapal pembersihan yang dibina oleh pertubuhan bukan berkepentingan Belanda The Ocean Cleanup itu ditaja sepenuhnya oleh kumpulan muzik dari British tersebut dipercayai telah mula beroperasi pada pertengahan tahun 2021 yang lalu.

Patutlah, lain macam vibes dan keterujaan rakyat Malaysia dengan konsert jelajah “Music of the Spheres” Coldplay yang akan diadakan di Malaysia pada 22 November nanti.

BACA LAGI : “Begitulah Rasanya Berperang Sambal Nyet..” Khairul Aming Tunggu Tiket Coldplay Hingga Ke Tandas

Sumber : Bernama

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana