Berstatuskan bandar bersejarah, Melaka merupakan salah satu destinasi yang sangat menarik dan istimewa. Baik dari segi tempat tarikannnya mahupun makanan, semuanya ada di Melaka.
Kalau dari Kuala Lumpur, Melaka cuma 2 jam perjalanan menggunakan kereta. Pernah dijajah oleh pihak Portugis dan Belanda kerana kedudukannya yang strategik, Melaka juga salah satu tempat yang terkenal dalam kalangan pedagang antarabangsa di Timur. Pedagang dari Arab, China dan India sering singgah di Melaka dan disebabkan itulah juga Melaka mempunyai kepelbagaian budaya selain 3 kaum utama di Malaysia.
Kalau korang bercuti Melaka mesti perasan dengan pokok-pokok ikonik di tengah bandaraya Melaka. Namun berita sedih kita terima apabila pokok besar yang berusia lebih 100 tahun itu yang sekian lama menjadi ikonik bagi bandar tersebut, kini tiada lagi. Menerusi laman Facebook penduduk di Melaka memaklumkan kejadian ini berlaku pada awal pagi tadi dan pokok tersebut tumbang sehingga menimpa wayar elektrik di kawasan tersebut.
Menurut laporan , Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Mohd Nasruddin Rahman berkata, faktor persekitaran mungkin menjadi punca pokok berkenaan tumbang dan pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sedang melakukan pembersihan di kawasan terbabit yang juga merupakan Bandar Warisan Dunia UNESCO.
Untuk info, pokok itu ditanam ketika sejak zaman penjajahan British lagi pada tahun 1824 lalu. Pokok Batai Laut
(Pelthoporum pterocarpum) atau juga dikenali pokok Jemerlang merupakan sejenis pokok teduhan dan hiasan yang popular di Malaysia. Pokok yang boleh mencapai ketinggian 20 meter memang banyak di tanam di pinggir jalan di kawasan taman atau perkarangan bangunan.Sumber: Melaka Digital