“Polis Datang Waktu Berbuka Maklum Jumpa Mayat”, Penantian Keluarga Berakhir Dengan Tangisan

Share

Al-Fatihah untuk arwah.

Penantian yang berakhir dengan sebuah tangisan. Jika sebelum ini seluruh ahli keluarganya mengharapkan kepulangannya dengan selamat malah di fb milik adik-adiknya sering menulis “Long, Long di mana ya. Pulanglah dan lain lagi, ternyata takdir Allah mengatasi segala-galanya.

Misteri kehilangan ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40 tahun pada 8 Mei lalu menemui jawapan apabila pihak polis menemui mayatnya di sebuah kondo di Cyberjaya petang semalam.  Malah kereta Honda City milik arwah turut ditemui di lokasi sama.

Misteri kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang yang dilaporkan hilang di parking letak kereta terjawap apabila dijumpa sudah meninggal dunia semalam

REMAJA menghubungi ahli keluarganya, Amka Arith yang juga adik ipar kepada arwah Siti Kharina dan beliau memaklumkan buat masa ini jenazah kakak iparnya masih berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

“Insya Allah, jika tiada aral melintang arwah kakak ipar akan dibawa balik ke kampung asal iaitu di Kg. Tengah Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dikebumikan selepas Asar,” katanya ketika ditemubual.

Dalam pada itu, Amka berkata, pihak polis datang ke rumah ahli keluarga ketika waktu berbuka dan memaklumkan ada penemuan mayat dipercayai kakak ipar dan meminta ahli keluarga untuk hadir membuat pengecaman.

“Kami berasa terlalu sedih dengan kejadian yang berlaku. Buat masa ini kami tidak dimaklumkan sama ada ianya perbuatan khianat atau sebagainya. Jika ada unsur-unsur itu, kita mengharapkan pelakunya ditangkap dan tindakan sewajarnya diambil,” katanya mengakui mereka sekeluarga sangat terkesan dengan kejadian yang menimpa ini.

Dikebumikan di kampung

Dalam pada itu, Amka menjelaskan, sejak 2-3 tahun lalu kakak iparnya menetap di Kuarters Kakitangan Hospital Serdang sementara suami dan anak-anaknya pula di kampung iaitu di Sri Menanti, Kuala Pilah Negeri Sembilan.

“Ini kerana suami kakak ipar bekerja di Kuala Pilah dan anak-anak juga tinggal bersama. Bila hari cuti baru kakak akan balik ke kampung,” katanya memaklumkan kakak iparnya itu mempunyai sepasang anak kembar perempuan berusia 10 tahun selain anak sulungnya juga perempuan berusia 14 tahun.

SesungguhNya Allah amat menyayanginya dan mohon disedekahkan al-Fatihah untuk arwah.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros