Polis Di India Pakai Topi Keledar ‘Koronavirus’ Untuk Beri Amaran Supaya Duduk Rumah

Share

Pegawai polis di India telah mendapat perhatian di media sosial apabila menggunakan pendekatan yang unik bagi meminta masyarakat duduk di rumah sepanjang tempoh kawalan pergerakan akibat wabak COVID-19.

Anggota polis yang dikenali sebagai Rajesh Babu mengambil inisiatif untuk memakai topi keledar untuk menakut-nakutkan orang ketika dia menjalankan rondaan di atas jalan raya. Tindakan ini diambil untuk mengingatkan kepada orang ramai tentang pentingnya duduk di rumah.

Menurut Asian News International, Rajesh berkata usaha ini sebagai salah satu langkah yang diambil untuk memastikan masyarakat disekeliling peka tentang situasi pandemik yang berlaku di dunia hari ini. Jelasnya lagi, kanak-kanak begitu takut dan terus ingin pulang setelah melihatnya memakai topi keledar tersebut.

“Kami telah mengambil pelbagai langkah tetapi masih ada orang yang keluar di jalanan. Oleh itu, topi keledar korona ini adalah salah satu usaha yang diambil bagi memastikan orang ramai mengetahui tahap keseriusan polis. Apabila saya memakai topi keledar ini, secara tidak langsung orang ramai akan berfikir tentang virus tersebut, terutamanya kanak-kanak yang terus takut dan ingin pulang,” jelas Rajesh.

Serius kreatif la abam polis ni. Hiks!

Agak-agak kalau buat dekat Malaysia jalan tak? Hehe..

Published by
Noor Ain Norman