Polis Jalankan Siasatan Susulan Hantaran Tular Individu Jual Rakaman Pelanggan Di ‘Fitting Room’

Share

Risau, rasa tak selamat dan menakutkan!

Ya sememangnya itulah perasaan yang dapat dizahirkan apabila melihat satu perkongsian ciapan di media sosial, baru-baru ini.

Ciapan tersebut menunjukkan beberapa foto tangkap layar yang memaparkan empat video berbeza yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah butik terkemuka di ibu kota.

“Memang selepas ini beli baju tiada nak fitting-fitting 

bagai, girl di luar sana tolong berhati-hati,” ciap pengguna itu.

Difahamkan, individu tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan tersebut turut menjual video-video itu secara terbuka melalui sebuah aplikasi. Justeru, perkongsian ini hal telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apologies To Malaysia And…”, Teruk Dikecam Wanita Rusia Panjat Merdeka 118 Mohon Maaf

Susulan itu, pihak polis telah menjalankan siasatan atas rakaman CCTV di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah yang juga didakwa ia adalah sebuah butik popular.

Bukan setakat itu, bahkan laporan polis turut dibuat pihak keselamatan sebuah premis di Jalan Imbi dan hasil siasatan awal, pihak polis mendapati premis pengadu bukanlah lokasi sama seperti yang tular tapi di lokasi lain.

Oleh hal demikian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya menasihati orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang melanggari undang-undang. Perbuatan terbabit adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

 

Menerusi ciapan sama, pengguna itu juga mendedahkan mangsa-mangsa yang mendapati diri mereka dirakam telah menghubunginya dan mengatakan bahawa mereka adalah orang yang dirakam.

Lantaran itu, pengguna Twitter tersebut meminta agar mangsa membuat laporan polis berhubung kes berkenaan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Twitter @meleisgw

Published by
Fath