Awal minggu ini kita dikejutkan dengan berita kehilangan remaja berusia 15 tahun yang datang bercuti ke Malaysia bersama ahli keluarganya, Nora Anne Quorin di Negeri Sembilan.
Kehilangannya hanya disedari keluarga pada jam 8 malam dan bantuan media sosial turut digunakan untuk mencari Nora.
“Ini adalah Nora Quoirin. Dia hilang di Malaysia, sedang bercuti dengan keluarganya dan tinggal di hotel di Seremban.
“Dia berusia 15 tahun dan mempunyai masalah pembelajaran. Mereka kini tinggal di London, ibunya kini sangat risau. Tolong retweet ini,” pohon individu yang merupakan kawan kepada ibu Nora.
This is Nora Quoirin. She’s missing in Malaysia – was on holiday with her family, staying in a hotel in Seremban. She’s 15 amd has special needs. Her mum is an old friend from Belfast – they now live in London. They are frantic so pls retweet this. pic.twitter.com/RZo6L7HX67
— Catherine Morrison (@CackyMo) August 4, 2019
Susulan itu juga, nama Nora Quoirin turut trending di laman Twitter bagi membantu mencari remaja tersebut.
Nafi Kes Culik
Dalam pada itu, memetik Bernama, Polis menafikan kes tersebut sebagai kes penculikan. Ketua Polis Negeri Sembilam, Mohamad Mat Yusop berkata setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dam kes masih diklasifikasikan sebagai kes hilang.
“Kita tidak dapat elemen dan petunjuk menyatakan adat unsur jenayah dan sebagainya sebab itu kita masih yakin mangsa ini hilang dan kita perlu mencarinya. Tiada unsur-unsur jenayah didapati setakat ini.
“Kita juga percaya mangsa masih berada di kawasan sekitar sebab itu aset-aset kita tumpukan di sini seperti Pasukan Gerakan Am, helikopter, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, dan Rela
“Sekiranya ada maklumat yang tepat, gunakan dengan saluran betul dan tidak menyebarkan ke saluran tidak betul sehingga media asing memetic sebarang kenyataan sebarangan melalui info tidak tepat.
“Kita boleh mengambil tindakan kepada mereka yang menyebarkan maklumat palsu,” katanya kepada pemberita, semalam.
Sementara itu, operasi pencarian masih tetap diteruskan dan dijalannkan di sekitar kawasan berhampiran. Dijangka, anggota pihak berkuasa akan ditambah untuk operasi tersebut.