Baru-baru ini pasukan polis New Zealand telah merasmikan pelancaran hijab yang dikhususkan untuk dipakai oleh anggota muslim mereka yang berhijab.
Rekaan hijab yang melekap di kepala itu dilihat sebagai satu simbol kepelbagaian negara tersebut yang meraikan rakyatnya tanpa perbezaan tidak kira dari sudut bangsa, agama dan latar belakang.
Konstabel Zeena Ali yang merupakan rekrut baru pasuka polis itu menjadi wanita muslim pertama yang menggayakan hijab tersebut sebagai sebahagian dari uniform rasmi.
Konstabel Zeena merupakan anak kelahiran Fiji yang berpindah ke New Zealand sejak dari umur 3 tahun menyatakan yang dia bersungguh-sungguh mahu menyertai pasuka polis selepas peristiwa serangan pengganas di sebuah masjid di Christchurch awal tahun lalu.
Menurut Zeena dalam sebuah hantaran di laman Instagram Polis New Zealand, “Memiliki hijab rasmi yang dikuatkuasakan oleh majikan sangat bermakna bagi wanita muslim seperti saya yang selama ini menganggap kerjaya sebagai anggota polis bukan satu pilihan. Sangat bagus bagaimana Polis menggabungkan agama dan budaya saya.
“Saya gembira majikan berusaha untuk memastikan hijab yang saya pakai memenuhi syarat kesihatan dan keselamatan serta keperluan peribadi saya sendiri.”
Sumber: Instagram @newzealandpolice