Satu lagi berita kematian yang dilaporkan oleh Koreaboo bahawa Goo Hara telah didapati meninggal dunia di kediamannya hari ini.
Seorang kenalannya menjadi individu pertama yang menemui mayat gadis ini dan terus membuat panggilan kecemasan.
Menurut Jabatan Polis Gangnam, Goo Hara ditemui mati dirumah Cheongdam-dong sekitar jam 6 petang tadi. Buat masa searang kes sedang disiasat untuk maklumat lanjut.
Laporan diterima jam 6.30 petang waktu Korea Selatan dan buat masa ini, polis sedang menyiasat punca kematian.
Sumber: Koreaboo
Dari Model Ke Kerjaya Peguam. ANIQ AQIL Kebanggaan Dr A. Razak Mohaideen!
Dua bidang kerjaya yang berbeza namun Aniq Aqil berjaya melakukannya dan membanggakan bapanya iaitu PROFESOR Madya Datuk Dr A. Razak Mohaideen.
Pengarah yang berasal dari Bukit Gelugor Pulau Pinang ini juga pengasas dan pemlik syarikat penerbitan filem Malaysia, LineClear Motion Pictures. Beliau kini memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.
Dan baru-baru ini, menerusi hantaran di media sosialnya Razak Mohaideen berkongsi rasa bangganya apabila anak terunanya, Aniq Aqil atas kejayaan menjadi seorang peguam bela dan peguam cara menerusi upacara call to the bar.
“Alhamdullilah. Tahniah Aniq Aqil atas kejayaan melalui call to the bar. Semoga terus cemerlang dan gemilang. Dalam bidang guaman dan modeling. Amin,” tulis Razak Mohaideen di ruangan kepsyen Instagramnya.
Aniq yang juga merupakan seorang model di bawah pengurusan The Models Lab turut meluahkan coretan hatinya selepas melalui pelbagai pahit getir menjadi seorang pengamal undang-undang sambil turut berkongsi gambar dirinya bersama ayah, ibu; Nazeera Ahmed Bazari dan adiknya; Batrisyia Abdul Razak di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Selepas bertahun-tahun meragui keupayaan diri saya sendiri, akhirnya saya boleh mengatakan yang saya berbangga dengan diri saya kerana tabah, gigih membaca halaman tambahan pada pukul 5 pagi setiap hari, mengheret diri saya ke kelas walaupun saya rasa saya tidak mahu pergi (ini tipu, saya ponteng banyak kelas).
Saya berjaya juga akhirnya, kini dengan rendah hati saya boleh meletakkan “PEGUAM” di profil saya dan berbual tentang pencapaian serta peluang yang saya miliki. Terima kasih buat semua yang menjadikan hari ini hari yang cukup istimewa.
Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya saya atas kebaikan, sokongan dan dorongan yang saya terima. Untuk lebih bekerja keras dan maju. Terima kasih kerana membaca,” tulis Aniq.
Sekadar info menerusi sumber, upacara Call To The Bar ini adalah acara kemuncak dalam permulaan karier seorang peguam. Majlis ini akan dihadiri oleh ahli keluarga, mover atau peguam yang mengusulkan petisyen, rakan-rakan dan orang-orang tersayang akan beramai-ramai hadir ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar sendiri petisyen ini.
Tahniah diucapkan kepada Aniq. Semoga kejayaan anak muda ini jadi inspirasi anak-anak muda di luar sana!
***
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
BACA LAGI : Hilang Tangan Sebelum Duduki SPM, Jaguh Olahraga Ini Harap Kisahnya Suntik Semangat
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Israel Eksploitasi Bantuan COVID-19 Malaysia Kepada Palestin
Nampaknya ada “usaha” lain dibuat oleh penjajah Isreal untuk membuktikan kepada dunia bahawa mereka bangsa yang tidak terlalu kejam terhadap Palestin. Sudahlah Perdana Menterinya mengumumkan mahu membina lebih banyak rumah di tanah Palestin dan terkini mereka mengeksploitasi bantuan sejuta topeng muka untuk rakyat Palestin.
Baca catatan Nadir AlNuri yang meluahkan perasaanny terhadap eksploitasi bantuan Malaysia ini di mana mereka yang mengagihkannya seolah-olah kita mengiktiraf keberadaan mereka sedangkan sejak dulu lagi Malaysia tak pernah mengiktiraf Israel.
EKSPLOITASI PENJAJAH ZIONIS TERHADAP BANTUAN COVID-19 MALAYSIA
Saya sangat terkejut dan marah apabila kawan-kawan menghantar gambar ini dan meminta saya mengulasnya.
Saya antara yang berkongsi berita gembira penyampaian bantuan COVID-19 oleh kerajaan Malaysia kepada Palestin pada 12 Mei lepas dengan penerbangan khas Air Asia ke Jordan dan melalui respon ribuan pembaca, ternyata rakyat Malaysia turut merasai rasa bangga yang sama.
Bayangkan perasaan terkejut dan marah yang kita rasai apabila beberapa hari selepasnya, wajah tentera penjajah Israeli Defense Forces (IDF) melalui badan koordinasi mereka Coordination of Government Activities in the Territories (COGAT) pula yang berbesar hati mempamerkan usaha mereka menyampaikan bantuan Malaysia ini di kedua-dua laman facebook IDF dan COGAT!
Lebih daripada itu, IDF dalam pos tersebut menyatakan bagaimana bantuan sejuta topeng muka dari kerajaan Malaysia ini dipindahkan melalui Allenby Crossing dengan koordinasi COGAT dan Pentadbiran Sivil, seolah-olah Malaysia mengiktiraf kewujudan Israel dan struktur kerajaannya.
Dan memang itu pun tujuan IDF – untuk menormalisasikan hubungan di antara negara haram mereka dengan negara-negara yang lain.
Isunya, kenapa kita ‘membantu’ menjayakan usaha normalisasi mereka?
Saya melihat bahawa timbulnya dua persoalan utama – adakah kerajaan Palestin di peringkat pusat yang dipimpin Palestinian Authority (PA) tidak mempunyai keupayaan untuk mengagihkan sendiri bantuan tersebut yang disumbangkan oleh negara-negara Islam untuk saudara-saudara Islam mereka?
Ya, kita faham bahawa mereka mempunya hubungan yang intim dengan penjajah dan sehingga kini masih berkoordinasi dengan mereka dari pelbagai sudut termasuk keselamatan, justeru timbul persoalan kedua – adakah kerajaan Malaysia tidak mendapat jaminan daripada kerajaan Palestin supaya insiden yang mencabar maruah dan kedaulatan negara seperti ini tidak berlaku sebelum bantuan disampaikan? Atau ia berlaku di ‘luar jangkaan’?
Kalau kerajaan Palestin terlalu lemah sehingga terpaksa menjadi pak turut musuh, cari jalan lain supaya bantuan kerajaan, bantuan kita, bantuan Malaysia tidak diuruskan oleh musuh yang menjadi punca asal masalah, dan pastikan bahawa ia benar-benar sampai kepada sasaran rakyat Palestin yang memerlukan!
Kongsikan, tanda kita protes usaha normalisasi musuh Zionis bersama negara kita yang tercinta!
Link asal di laman IDF :
https://www.facebook.com/125249070831305/posts/3158269037529278/
Link asal di laman COGAT :
https://www.facebook.com/724192144343139/posts/2870273379734994/
t.me/nadiralnuri
COVID-19 Menganas Di India. Bekalan Oksigen Kritikal, Bakal Catat Kes Harian Setengah Juta
Pandemik Covid-19 terus menjadi punca kematian tertinggi di dunia dengan angka kini melebihi 3.125 juta kes.
Situasi di India sangat membimbangkan sekarang, negara penduduk paling padat dan ramai di dunia kini berdepan dengan serangan COVID-19 gelombang kedua.
Mencatatkan kes harian yang semakin besar membawa kepada jumlah terkumpul sebanyak 17.63 juta, paling membimbangkan dan kritikal ialah apabila bekalan oksigen di hospital dilaporkan semakin kehabisan.
Bukan setakat itu, usaha kerajaan dalam menangani pandamik ini juga dinampak lemah apabila bekalan perubatan lain seperti katil juga semakin tiada menyebabkan ada pesakit terpaksa menerima rawatan di rumah dan mengambil ubatan daripada pasaran gelap yang mana harga satu silinder oksigen boleh mencecah lebih 50,000 Rupee (RM2,747.25) sedangkan harga pasarannya cuma sekitar 6,000 Rupee (RM329.67).
Paling sadis, urusan pembakaran mayat pesakit pula, ada keluarga yang terpaksa menunggu giliran sehingga berjam-jam lamanya.
Golombang kedua pandemik ini juga berlaku kerana kurang kesedaran masyarakat dan mentaliti pemimpin yang ada mengeluarkan kenyataan seperti dibawah.
‘tiada apa yang boleh dihentikan atas nama COVID-19 kerana kepercayaan kepada Tuhan dapat mengatasi rasa takut terhadap virus’.
Hasilnya jutaan rakyat India turun menyambut kerana percaya festival berkenaan bersih dan selamat untuk dihadiri dan India mengalami gelombang yang lebih parah.
Untuk info, data Johns Hopkins University juga meletakkan India negara kedua di dunia paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19 selepas Amerika Syarikat.
Allahu, moga baik-baik saja semua yang ada di India.
Sumber : Astro Awani, Time 1, Time 2, BBC