Polis Sebabkan Rusuhan Di US Terus Malang! Isteri Tuntut Cerai & Hadapi Tuduhan Bunuh

Share

Sejak empat hari lalu, di sebalik jangkitan COVID-19 yang terus mencatatkan angka tinggi, rakyat Amerika langsung tidak menghiraukan sama ada dijangkiti atau tidak sebaliknya terus melakukan rusuhan dan protes di seluruh negara. Malah hari ini perusuh berhimpun di depan White House sehingga memaksa kawasan tersebut di lock down kerana bimbang menjadi ancaman kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Di sebalik isu rusuhan di negara Uncle Sam ini, nasib bekas pegawai polis yang mengakibatkan hal ini bermula terus dilanda malang. Kata orang dah jatuh ditimpa tangga, dihempuk batu pula.

Laporan Sinar Harian, isteri kepada Derek Chauvin, bekas pegawai di Jabatan Polis Minneapolis yang didakwa membunuh lelaki kulit hitam, George Floyd dalam insiden yang mencetuskan kemarahan ramai pada Isnin lalu dilapor telah memfailkan perceraian.


Peguam kepada Kellie Chauvin semalam berkata, wanita terbabit bersedia membubarkan perkahwinan mereka selepas penglibatan suaminya dalam kes tersebut.

"Dia menderita atas kematian Floyd. Kellie menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan semua orang yang berduka di atas kematiannya.

"Kellie juga sudah memfailkan petisyen membubarkan perkahwinan mereka," menurut kenyataan dikeluarkan pihak peguam wanita terbabit.

Kenyataan itu menambah, pasangan tersebut tidak dikurniakan anak dan tidak pasti berapa lama mereka telah mendirikan rumah tangga.

Derek ditahan semalam dan berdepan tuduhan membunuh tahap ketiga dan pertuduhan cuai sehingga membawa kematian.



**

Kematian lelaki etnik kulit hitam itu mencetuskan protes yang bertukar ganas di seluruh negara.

Derek yang juga penyokong tegar Presiden Donald Trump serta tiga pegawai lain dipecat daripada Jabatan Polis Minneapolis.

Polis kulit putih itu didakwa menggunakan kekerasan ketika menahan Floyd pada Isnin lalu, apabila menekan leher mangsa dengan lutut hampir sembilan minit yang menyebabkan dia sukar bernafas.

Published by
Almaswa Haji Che Ros