Sudah menjadi kebiasaan setiap kali memasuki tahun baru, acara sambutan besar-besaran bakal dianjurkan dengan persembahan bunga api di kebanyakan tempat di seluruh negara.
Namun, sejak dua tahun ini sambutan tahun baru tidak lagi meriah kerana pandemik COVID-19 yang melanda duna. Tahun ini juga, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan pembatalan sambutan Tahun Baharu, sebaliknya akan diganti dengan solat hajat dan doa selamat bagi menghormati nasib mangsa banjir yang melanda negara baru-baru ini.
Menurut Berita Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak meluluskan sebarang permit penganjuran sambutan Tahun Baharu di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata ia bagi mengelak risiko penularan COVID-19 dalam komuniti.
Orang ramai diingatkan supaya tidak terbabit dalam sebarang aktiviti sambutan tahun baharu atau berkumpul beramai-ramai pada malam ini di mana-mana lokasi tumpuan ramai.
Pihak polis dilaporkan akan menjalankan pemantauan dan rondaan pematuhan SOP PPN Fasa 4 di beberapa lokasi tumpuan sekitar ibu negara sempena sambutan Tahun Baru 2022.
Jadi bagi korang yang dah merancang nak sambut tahun baru, batalkan sahaja niat itu kerana takut ditahan kerana melanggar pematuhan SOP. Hiks!
Happy New Year guys!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)