[POLL] Cadangan Sekatan Internet Golongan Bawah 17 Tahun Selepas 12 Malam, Setuju Atau Tidak?

Share

Suatu ketika dahulu ketika Internet mula diperkenalkan dengan skala cukup besar majoritinya ia digunakan oleh golongan belia berusia 20 tahun ke atas.

Apatah lagi ketika era awal Internet masih tiada telefon pintar digunakan dengan cukup meluas ke hari ini. Malah bukan semua orang mampu memiliki komputer beribadi di rumah masing-masing.

Tapi senarionya kini berbeza. Capaian Internet boleh dikatakan diakses 24 jam sehari di mana-mana sahaja oleh semua peringkat. Dan mengikutkan trend terkini remaja dan kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah semakin ramai memiliki telefon pintar mereka sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Muzik Video ‘Happier’ Ed Sheeran Versi Wayang Kulit

Penggunaan tanpa sekatan dan pengawasan daripada golongan inilah yang sebenarnya membuatkan semakin ramai di antara mereka menjadi mangsa ketagihan Intenet dan juga permainan video secara talian.

Perkara inilah yang telah menarik perhatian Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye. Jelasnya, kerajaan kini sedang mengkaji modul-modul daripada Jepun dan Korea Selatan bagi membendung masalah ketagihan ‘game’ yang melanda rakyat negara ini terutamanya di kalangan remaja dan kanak-kanak.

Menurutnya, pihak kerjaan sedang mengkaji untuk melakukan sekatan Internet untuk golongan bawah 17 tahun selepas jam 12 malam hingga 6 pagi.

“Ada juga penyedia permainan video menyekat platform mereka kepada pengguna bawah 17 tahun untuk berada dalam permainan setajat satu hingga dua jam sahaja. Selepas itu ia akan offline secara automatik. Ini merupakan antara langkah yang sedang pihak kerjaan kaji supaya ketagihan permainan video ini dapat dikawal,” jelasnya di sesi Dewan Rakyat dua hari lalu.

Sebenarnya masalah ketagihan permainan video ini bukanlah satu perkara yang baru. Malah ia telah wujud sebelum permainan video di atas talian menjadi kegilaan seperti sekarang. Dahulu permainan video menerusi komputer dan konsol juga berdepan masalah yang sama.

Bagi REMAJA, sekatan Internet terhadap pengguna di bawah 17 tahun tidak akan dapat membendung masalah ini secara total. Malah, mungkin ia hanya memberikan kesan yang sangat minimal sahaja.

Ia lebih kepada pengawasan daripada penjaga dan juga orang lebih dewasa. Untuk mengatasi masalah ini sistem kekeluargaan perlu berfungsi dengan baik. Setiap perkara kalau diberikan kepada remaja dan kanak-kanak tanpa pengawasan memang akan boleh membuatkan mereka leka kerana pada usia inilah mereka mempunyai naluri untuk meneroka, mencabar diri dan mudah terleka.

Bagaimana pula dengan pendapat kamu? Adakah kamu setuju atau tidak sekatan seperti ini dilakukan?

Published by
Farizul Izwany Ibrahim