Pengumuman Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin semalam mengenai pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada sistem peperiksaan negara telah mendapat respon balas yang berbelah bahagi di kalangan masyarakat di media sosial.
Selepas tiga dekad dilaksanakan sejak tahun 1988, UPSR telah menjadi satu peperiksaan yang dianggap penting bagi menentukan hala tuju pelajar yang bakal memasuki sekolah menengah.
Dengan slip keputusan itu jugalah, pelajar dinilai sama ada mereka layak untuk memasuki sekolah berasrama penuh dan institusi seperti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Justeru, keputusan memansuhkan UPSR demi mengubah sistem pendidikan negara kepada yang sistem yang berteraskan kemenjadian pelajar secara menyeluruh sedikit sebanyak telah mengejutkan masyarakat; walaupun ura-ura pemansuhan ini telah didengar sejak sedekad yang lalu.
Menerusi muat naik ke akaun Instagram Majalah Remaja semalam, respon balas warganet dilihat sedikit bercampur baur.
Bukanlah niat mereka untuk menentang atau menyokong keputusan tersebut 100 peratus. Barangkali, perasaan bercampur baur ini disebabkan rasa khuatir terhadap apakah pelan hala tuju pelajar yang akan memasuki sekolah menengah selepas ini.
Ini merupakan beberapa komen yang REMAJA rangkumkan.
*
*
Tidak Setuju
Murid sekolah rendah terutamanya murid Darjah 6 tidak lagi akan memberikan tumpuan untuk belajar bersungguh-sungguh.
Ads
Pemansuhan tidak adil kepada pelajar yang telah bersusah-payah bersedia untuk UPSR.
Negara seperti Singapura yang masih mementingkan sistem pendidikan berasaskan peperiksaan masih ke hadapan kerana subjek yang diajar bersesuaia dengan kemahiran yang diperlukan pelajar.
Ads
Pelajar akan berdepan ‘culture shock’ dengan sistem peperiksaan di sekolah menengah kerana tiada persediaan.
*
*
Setuju
Sistem pendidikan sekolah rendah perlu lebih menerapkan sahsiah pada peringkat awal.
Ads
Negara seperti Jepun menerapkan displin dan moral pada pendidikan peringkat sekolah rendah dan masih boleh berjaya setelah menamatkan persekolahan.
Ia akan memberi peluang kepada lebih ramai murid beragama Islam mengambil peperiksaan lain seperti SRAI dan UPKK.
Tapi UPSR perlulah digantikan dengan sistem ujian atau peperiksaan yang setara dengannya dari Darjah 1 hingga Darjah 6
*
REMAJA juga tertarik dengan satu komen dari seorang guru yang menyatakan pastinya Kementerian Pendidikan Malaysia ada cara dan kaedah untuk menilai murid melalui Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah dan kaedah penilaian selain peperiksaan.
So guys, setuju atau tidak dengan poin yang mereka bahaskan ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Secara umum, puasa wajib dilakukan selama 30 hari di setiap negara yang penganutnya beragama Islam dan untuk durasi masa berpuasa pula bergantung kepada kedudukan geografi negara tersebut. Perbezaan jangka masa itu ditentukan bermula terbitnya matahari hingga terbenamnya matahari.
Namun begitu, terdapat negara yang tempoh puasanya lebih pendek dan ada juga yang hanya perlu berpuasa selama 8 jam. Ha, negara mana tu?
Jom kita lihat antara negara-negara yang mempunyai tempoh berpuasa yang lebih pendek.
Antartika
8 jam 18 minit
Pernah terbayang tak bagaimana agaknya berpuasa di Antartika? Waktu imsak pada pukul 6.30 pagi dan berbuka sekitar pukul 3.48 petang. Tapi persoalannya, mampukah korang bertahan makan dan minum dalam cuaca yang sangat sejuk?
Chile
9 jam
Umat Islam di negara ini berpuasa dari pukul 5.31 pagi dan berbuka pada pukul 3 petang, lebih kurang 9 jam berpuasa. Walaupun agak singkat namun mereka harus berpuasa dalam keadaan udara kering dan cuaca sejuk.
Argentina
9 jam 30 minit
Populasi umat Islam di Argentina hanya sedikit sekitar 1.9 peratus sahaja, namun suasana Ramadan tetap dirasakan bagi yang menyambutnya. Penduduk Argentina yang beragama Islam perlu berpuasa lebih kurang 9 jam 30 minit.
Afrika Selatan
10 jam 30 minit
Afrika Selatan antara negara yang berpuasa dalam tempoh yang singkat, 10 jam 30 minit. Namun, cabaran mereka adalah terpaksa berpuasa dalam cuaca yang panas.
Brazil
11 jam
Negara ini juga menjalani ibadah puasa dengan tempoh masa yang agak pendek, iaitu sekitar 11 jam.
Australia
11 jam 59 minit
Waktu berpuasa di Austarlia juga tidak terlalu panjang, lebih kurang 11 jam 59 minit sahaja.
Apa-apa pun bersyukurlah kerana korang dapat menjalani ibadah puasa di negara sendiri, Malaysia. Cuaca di negara kita tidaklah terlalu panas dan tidak juga terlalu sejuk. Bayangkan macam mana agaknya jika berpuasa dengan cuaca yang sangat panas atau sejuk?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika hotel di Malaysia banyak yang gulung tikar di musim pandemik COVID-19 ini, lain pula apa yang dilaporkan oleh syarikat yang bernama Orbital Assembly ini.
Hotel merupakan satu business yang menyediakan penginapan berbayar secara jangka pendek. Selain bilik tidur , beberapa kemudahan lain seperti spa , kolam renang, restoran, gimnasium juga turut disediakan bagi membuatkan pengunjung merasa gembira dan puas hati.
Tapi korang terfikir tak yang hotel ini akan dibina di angkasa lepas seperti filem-filem sains fiksyen Hollywood yang kita tonton di panggung wayang tu. Ye betul….menurut The Daily Mail, syarikat yang bernama Orbital Assembly bakal membina hotel Voyager Station pada tahun 2025 dan kemungkinan besar hotel tersebut boleh didiami seawal tahun 2027.
Kalau mahu bercuti dan rilekskan diri dari kesibukan kota mesti kita akan memilih hotel yang terbaik kan?
Antaranya kemudahan di hotel angkasa lepas ini ialah adalah restoran, spa kesihatan, gym, panggung wayang, perpustakaan, tapak konsert, ruang viewing untuk melihat bumi, dan bar. Keperluan asas seperti udara dan air bersih serta power akan mengambil sebahagian hotel tersebut. Hotel ini akan berputar setiap 90 minit bagi memastikan graviti artificial menyerupai graviti di bulan terbina di hotel ini. Takkan nak terapung 24 jam kan?
Design hotel tersebut boleh dilihat gambar di atas dan pod individu terletak di bulatan besar tersebut. Garisan berbentuk X pula merupakan laluan yang menghubungkan antara lokasi-lokasi yang berlainan. Hotel ini boleh menampung 400 orang penumpang dan mempunyai pelbagai kemudahan lain untuk menghiburkan penduduk di sini.
Tanpa graviti, badan manusia akan mula menjadi lemah dalam jangka masa yang panjang. Sebab itu, angkasawan sentiasa bersenam selama beberapa jam setiap hari bagi memastikan muscle mereka tidak menjadi lembik ketika pulang ke bumi. Oleh itu, hotel Orbital Assembly sangat menitikberatkan putaran tersebut kerana mereka ingin memastikan pengunjung boleh duduk sehingga berbulan-bulan di sini.
Wah…menariknya kan….tapi penulis seram la pula nak ke angkasa lepas tu…huhu
Nama Loh Kean Yew mekar kebelakangan ini dek kecemerlangannya mewakili Singapura. Dia juga mencipta sejarah apabila menjadi atlet pertama negara itu yang memenangi acara perseorangan lelaki Kejohanan Dunia BWF pada 2021
Loh yang kini merupakan pemain badminton nombor satu Singapura telah dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik Singapura 2022 dalam majlis Anugerah Sukan Singapura (SSA), yang berlangsung di Marina Bay Sands, kelmarin.
Seiring dengan kemenangannya, pemain nombor 3 dunia itu membawa pulang sebuah piala iringan dan wang tunai berjumlah S$10’000.00.
Jejaka berusia 25 tahun ini dalam satu hantaran di Instagramnya menyatakan rasa terharu apabila diberikan anugera tersebut. “Malam tadi, saya telah diberi penghormatan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura dan Sukan Singapura dengan anugerah Olahragawan Terbaik 2022. Saya sangat berterima kasih atas pengiktirafan ini dan sangat gembira untuk semua orang yang menerima anugerah.
“Apa yang lebih istimewa ialah kehadiran ibu bapa saya di Anugerah Sukan Singapura untuk berkongsi detik gembira ini dengan saya. Terima kasih ayah dan ibu atas pengorbanan dan sokongan anda, anugerah ini saya dedikasikan untuk anda,” tulisnya panjang.
Anugerah Sukan Singapura bertujuan mengiktiraf pencapaian atlet dan memberi penghormatan kepada mereka atas pencapaian sepanjang tahun. SSA, yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura dan Sport Singapore dengan sokongan Tote Board, kembali diadakan selepas ditiadakan selama setahun apabila pandemik Covid-19 melanda dunia.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pemain Singapura yang kian menyinar ini pada asalnya merupakan rakyat Malaysia. Loh Kean Yew dilahirkan di Pulau Pinang dan pernah berlatih di bawah Pertubuhan Badminton Pulau Pinang sebelum dia berhijrah ke Singapura pada 2010 ketika berusia 13 tahun.
Dia yang mendapat biasiswa untuk berlatih selama empat tahun di Sekolah Sukan Singapura kemudiannya menjadi sebahagian daripada atlet negara itu dan memilih untuk menjadi warganegara Singapura. Walaupun kini bergelar atlet Singapura, Malaysia masih lagi menjadi kampung halaman untuk pemain badminton ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, pempengaruh dan personaliti media sosial terkenal, Khaby Lame meluahkan rasa syukur mendalam dengan kejayaan dan kekuatan yang dimilikinya sekarang ini.Menerusi perkongsian terbaru...