Popular Mendadak Lepas Drama ‘Love Alarm’, Song Kang Anak Emas Netflix?

Share

 

Selepas kemunculannya dalam drama hit, Love Alarm pada tahun 2019, ‘kegilaan’ para peminat K-Drama terhadap Song Kang semakin mendadak.

Sehingga kini, pelakon berusia 26 tahun itu telahpun mengumpulkan 5.6 juta orang followers di akaun Instagram-nya walaupun baru memuat naik sebanyak 87 posting saja.

Disebabkan oleh populariti itu juga, Song Kang telah diterima sebagai pelakon utama bagi beberapa lagi drama terbitan Netflix seperti Sweet Home dan terbaru, Love Alarm musim kedua yang bakal ditayangkan bermula 12 Mac ini.

Justeru, ramai yang berpendapat dia merupakan ‘anak emas’ kepada Netflix. Haa, setuju tak Song Kang?

Dalam sidang media yang dihoskan oleh Netflix Korea sebentar tadi untuk mempromosikan Love Alarm 2, Song Kang menjawab pendapat mengapa Netflix amat menggemarinya.

Kata pelakon berketinggi 6 kaki 1 ini, “Untuk bekerja dengan Netflix dalam kesemua drama ini adalah satu penghormatan. Setiap kali saya ditampilkan, saya akan memperolehi memori yang bagus.

“Gelaran ‘anak emas Netflix’ ini hanya lebih memotivasikan saya untuk bekerja dengan lebih keras lagi agar saya merasa layak untuk bergelar pelakon. Selepas ini, saya akan sentiasa cuba untuk menunjukkan emosi dan skil berbeza semasa berlakon.

“Terima kasih juga kepada peminat yang menyokong setiap drama lakonan saya. Selepas Love Alarm musim pertama, saya banyak menerima komen peminat dalam pelbagai bahasa dari seluruh dunia. Mereka adalah sebab utama kejayaan drama ini,” kongsinya.

Song Kang bersama Kim So-hyun di sidang media sebentar tadi..

Bercakap mengenai wataknya, Sun-oh dalam Love Alarm 2, Song Kang berpendapat peminat drama tersebut akan terus menggemari musim terbaru ini kerana ia akan menampilkan Sun-oh sebagai seorang yang lebih dewasa dan matang setelah dikecewakan oleh Jojo pada musim pertama.

“Menerusi Love Alarm, saya lebih banyak menangis berbanding dalam kehidupan sebenar saya (ketawa). Saya merasakan bahawa penonton yang pernah melalui rejection

seperti Sun-oh akan mudah relate dengan karakter ini.

“Saya faham dengan perasaan Sun-oh ini walaupun secara peribadinya, saya tidak akan memuat turun aplikasi seperti Love Alarm untuk mencari cinta.

“Walaupun ia convenient, saya rasakan lebih jujur dan mudah bagi saya untuk meluahkan perasaan secara depan-depan. Lagipun, saya tidak bersedia jika perasaan saya tidak dibalas oleh seseorang itu.”

Love Alarm 2 turut membariskan pelakon seperti Kim So-hyun (Jojo) dan Jung Ga-ram (Hye-yeong) Tak sabar rasanya untuk menantikan Love Alarm musim kedua di Netflix bermula 12 Mac ini.

Published by
FZ