Kuasa media sosial sememangnya boleh mengubah kehidupan mana-mana insan dalam sekelip mata.
Hasil sokongan pengikut di dunia digital, Akka Nasi Lemak kini boleh berbangga apabila namanya semakin dikenali dan perniagaan nasi lemak yang diusahakannya juga kian berkembang.
Bukan hanya kesedapan nasi lemak yang dijualnya di sekitar kawasan Seri Kembangan ini menjadi bualan mulut orang ramai. Malah, kuantiti banyak yang diberikan dalam setiap sajian nasi lemak itu juga amat dihargai oleh pelanggan setia Akka.
Bagaimanapun, tidak semua orang sedar akan kesedihan yang melandan Akka Nasi Lemak biarpun populariti menghimpitnya dari pelbagai sudut.
Menerusi temubual yang dilakukan Akka atau nama sebenarnya, Sangeeta bersama Astro Ulagam baru-baru ini, beliau mendedahkan ada pihak yang tidak akan berpuas hati dengan kejayaan dan populariti yang dimilikinya kini.
Beliau sedar persaingan wujud dalam mana-mana bentuk perniagaan. Namun beliau tidak menyangka ada yang bersifat sekejam ini dalam dunia media sosial sehinggakan dirinya tidak mampu lari daripada menjadi mangsa cercaan warganet.
“Saya tidak melayari kehidupan mewah seperti yang anda sangkakan,” katanya. Beliau juga mengakui masih tinggal di sebuah rumah sewa yang kecil bersama empat orang anaknya tanpa perabot yang banyak dan masih bergelut mencari rezeki seperti individu lain.
Selama 13 tahun Sangeeta meniaga nasi lemak, beliau tidak pernah merasakan sumber pendapatannya itu sesuatu yang memberikan tekanan. Namun kini apabila ada pihak yang tidak senang duduk melihat perniagaannya maju, ia sedikit sebanyak menganggu ketenangan mentalnya sehingga menggugat kesihatan.
Impaknya, fizikal badan Sangeeta dilihat telah menyusut berbanding sebelum namanya tular dahulu.
@billioners_1111 Jangan menilai buku dari kulitnya.. #sathiayugam 🐋🐳 #akkanasilemak #akkanasilemakserikembangan #tamil #tamilan #tamiktikitok #malaysiatamil #malaysiatiktok #Malaysian #kualalumpur #fyptamil #fypmalaysia #fypシ゚viral #fypage #fyp #foryourpage #fypシ #foryou #f #fy @Sultan ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama
Terdahulu, seorang lagi pempengaruh berketurunan India bernama Pavithra juga pernah bergelut dengan tempias populariti segera apabila video-video masakannya menerusi akaun YouTube Sugu Pavithra menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Media Juga Disalahkan Hilang Privasi Keluarga, SUGU PAVITHRA Sendiri Buka Cerita Isu Duit – REMAJA