Pasti ramai yang ‘cair’ dengan watak Lee Jun-ho yang sweet menerusi drama “Extraordinary Attorney Woo” yang sedang hangat ditayangkan dalam platform penstriman Netflix.
Sarat dengan humor, inspirasi dan kesedaran berkaitan golongan penghidap autisme. Penampilan watak seorang lelaki yang baik dan ‘sweet’ dalam siri ini telah berjaya membuatkan Kang Tae-oh menjadi antara pelakon yang digilai kini.
Dengan popularitinya yang semakin meningkat, Kang Tae-oh juga telah menerima banyak tawaran dari segi projek lakonan, rancangan hiburan, iklan dan banyak lagi. Berikut adalah 10 fakta tentang Kang Tae Oh yang dilaporkan dari Soompi yang membuatkan peminat lebih terkejut.
1. Ahli kumpulan idola K-pop Surprise
Kang Tae Oh adalah ahli kumpulan dari syarikat Fantagio bernama Surprise yang ditubuhkan pada 2013.
2. MBTI beliau ialah INFP
Kang Tae Oh mendedahkan bahawa MBTI (Penunjuk Jenis Myers–Briggs) cenderung berubah bergantung pada masa dia mengambil ujian.
3. Kisah cinta
Ads
Dia berkongsi cerita bahawa kebanyakan bekas teman wanitanya lebih berusia dari umurnya. Ahli Surprise itu juga mendedahkan bahawa dia menyukai wanita yang berambut pendek.
4. Gemar makan buah-buahan
Dalam temu bual, Kang Tae Oh menyebut bahawa dia seorang pencinta buah-buahan dan sentiasa menyimpannya di dalam peti ais. Nanas, mangga, strawberi adalah buah kegemarannya.
Foto Via Soompi
5. Lebih suka tidur daripada makan
Naluri pertama Kang Tae Oh ialah tidur daripada makan ketika dia letih dan lapar. Ini menunjukkan dia lebih suka tidur.
Ads
6. Nama sebenarnya Kim Yoon Hwan
Kang Tae Oh dilahirkan pada 20 Jun 1994 dengan nama Kim Yoon Hwan, tetapi dia menggunakan nama panggung Kang Tae Oh sebagai pelakon.
7.The Tale of Nokdu adalah siri sejarah pertamanya
Dalam siri ini, Kang Tae Oh memegang watak sebagai penjahat. Namun, katanya, dia berasa simpati dengan watak tersebut.
Foto Via Soompi
8 Suka mencari perhatian
Semasa Kang Tae Oh di sekolah rendah, dia banyak bercakap kerana dia seorang pencari perhatian.
Ads
9. Kang Tae Oh mahir dalam Jeet Kune Do
Kang Tae Oh terkenal sebagai seorang yang sangat aktif dan suka bersukan. Dia gemar menggunakan badannya untuk pelbagai aktiviti malah turut mempelajari seni bela diri Jeet Kune Do.
10. Sangat popular di Vietnam
Bukan hanya popular di Korea Selatan Kang Tae Oh juga turut mempunyai peminatnya di Vietnam. Membintangi siri Korea-Vietnam “Forever Young” sehingga dia juga memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah VTV.
Korang dah tonton belum episode terbaru drama bersiri ini? Bukan main ‘sweet’ lagi Jun-ho.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah mencuba tampil dengan tiga single sebelum ini, pemenang Top 5 Dewi Remaja 2019, Shatirah Amanda, nyata tidak putus asa untuk memperjuangkan kariernya sebagai penyanyi.
Terbaharu, penyanyi dan pelakon berusia 23 tahun itu tampil dengan lagu berjudul Langit Bukan Limit dengan mempertaruhkan genre pop / hip-hop sentuhan komposer Mas Dewangga.
Berkongsi pengalaman menerbitkan lagu tersebut, Shatirah Amanda memberitahu dia terkejut apabila menemui beberapa funder yang menawarkan kepadanya hubungan sebagai wanita simpanan.
Malahan tawaran itu bukan sekadar terhenti di situ sahaja malahan dia turut didesak untuk berbuat demikian agar dapat meneruskan survivalnya sebagai penyanyi.
Namun atas dasar prinsip dan maruah, Shatirah Amanda menolak pelawaan itu dan yakin bakatnya adalah aset utama untuk dia maju sebagai penyanyi.
“Sejujurnya mula-mula saya takut juga apabila ditawarkan sebegitu. Pada awalnya saya tertanya-tanya adakah ini sudah jadi kelaziman untuk menjadi anak seni? Namun saya anggap ini sebagai cabaran untuk saya.
“Alhamdulillah saya temui funder yang ikhlas dan single terbaru Langit Bukan Limit ini berjaya disiapkan,” ujarnya.
Dalm pada itu, lebih menarik lirik lagu ini dilhamkan bintang berasal dari negeri Kelantan itu sendiri.
Harapan Shatirah Amanda, lagu yang membawa aspek pemerkasaan wanita ini akan memberi semangat dan inspirasi kepada pendengar yang pernah melalui jalan hidup yang getir dan berani bertindak luar dari kebiasaan dalam mencapai matlamat hidup mereka.
“Saya berharap para pencinta muzik akan dapat menerima kepelbagaian konsep dan genre yang dibawa kali ini.
“Saya juga mengharap impian dan cita-cita saya untuk memperkenalkan bakat saya ke peringkat antarabangsa pada masa hadapan akan tercapai,” kongsinya lagi.
Lirik lagu ini mengisahkan semangat wanita kental yang tidak mudah mengaku kalah walaupun terpaksa berjuang bersendirian untuk mencapai cita-citanya.
Lagu ini boleh dimuat turn di iTunes dan boleh dinikmati dan juga didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer pada 20 Jun ini.
Dalam perkembangan lain, ini akan muncul sebagai juga pelakon wanita utama filem seram arahan Datuk TS Jeffri berjudul ‘Marrak’ yang bakal di tayangkan di pawagam Ogos 2023 nanti.
Untuk mendapatkan maklumat terkini, anda boleh layari platform media sosial Shatirah Amanda menerusi Instagram: @shatirahamanda, Tiktok: @shatirahamanda dan Youtube @Shatirah Amanda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kehadiran tahun 2020 tak lama lagi membawa banyak maksud kepada Malaysia, terutamanya kepada arena sukan negara. Para atlet remaja dijangka bertarung mati-matian dalam beberapa kejohanan dunia yang bakal dianjurkan.
Antaranya termasuklah Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dijangka akan berlangsung bermula 24 Julai. Kebanyakan persatuan sukan tempatan sedang sibuk mempersiapkan anak buah masing-masing untuk kelayakan ke Sukan Olimpik dan Persatuan Taekwondo Malaysia tak ketinggalan.
Bercakap dengan REMAJA sempena isu ‘I Am #RemajaMalaysia’ pada keluaran Julai – September 2019 ini ialah salah seorang atlet harapan Taekwondo negara iaitu Sara Yap Khim Wen.
Atlet berusia 25 tahun itu masih diingati sebagai penyumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia 2018 di Indonesia dan kini, dia juga sedang mempersiapkan diri.
Foto : Nurul Niza
Atlet taekwondo negara, Sara Yap, memasang misi untuk meraih pingat emas dalam Sukan SEA Filipina, November depan selepas membawa khabar gembira dalam Kejohanan Kesatuan Taekwondo Asia, baru-baru ini.
Sara pulang daripada kejohanan di Filipina itu dengan kilauan pingat emas kategori berpasangan campuran.
Penglibatannya dalam kejohanan itu sedikit-sebanyak memberikan bayangan tentang cabaran yang akan dihadapinya dalam Sukan SEA.
“Sebelum Sukan Olimpik 2020, saya akan menyertai Sukan SEA di Filipina terlebih dahulu pada November ini. Kemenangan saya dan Yong Jin Kun (pasangan beregy) di Kejohanan Taekwondo Asia (pingat emas) baru-baru ini sedikit sebanyak memberikan semangat.
Penata Gaya : FZ Aimman Baju T : Pestle & Mortar
“Bangga itu ada tapi kami tak boleh mendabik dada kerana atlet tuan rumah dan atlet negara lain pasti menjadikan kami sebagai sasaran yang perlu ditumpaskan,” katanya yang menyarungkan baju-T Pestle & Mortar pada sesi penggambaran.
*
Walaupun Sara merupakan atlet Taekwondo, namun dia bertanding dalam kategori Poomsae iaitu displin persembahan, bukannya displin tempur. Melalui kategori itu jugalah, dia memenangi pingat pertama negara pada tahun lalu di Sukan Asia 2018.
“Pingat gangsa itu amat bermakna bagi saya dan persatuan kerana Poomsae ialah displin yang baru diperkenalkan di Malaysia. Kali terakhir atlet Taekwondo memenangi pingat di peringkat Sukan Asia adalah pada tahun 2002 di Korea Selatan. Jadi ini adalah satu pemberi semangat kepada kami semua,” katanya yang tak lokek dengan senyuman.
*
Bercakap mengenai sumbangan atlet wanita pada Malaysia, Sara merasa tak seharusnya ada perbezaan di antara atlet lelaki dan wanita pada zaman ini.
Solekan & Dandanan : Dinie Awalluddin
“Atlet perempuan sudah membuktikan mereka juga boleh bersaing di peringkat antarabangsa dan menjuarai banyak kejohanan. Contoh terbaik pada saya ialah Datuk Nicol Ann David yang meneruskan momentum untuk bertahun-tahun lamanya.
“Beliau adalah salah seorang role model bagi kami semua, tak kiralah untuk atlet lelaki atau wanita.”
REMAJA ucapkan all the best kepada salah seorang personaliti I AM #RemajaMalaysia kali ini iaitu Sara Yap!
Dia merupakan seorang yang kental fizikal, mental dan jiwa ketika melangkah masuk ke gelanggang.
Majalah Remaja isu Julai – September 2019
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lagu Indonesia, ‘Sikok Bagi Duo’ semakin popular sejak kebelakangan ini apabila sering dijadikan muzik latar video-video pendek di media sosial terutamanya dilaman TikTok.
Lagu ini diterima baik oleh pengguna TikTok kerana muziknya yang ‘catchy‘ dan pengguna TikTok menari menggunakan remix lagu tersebut dengan gembira.
Tidak ramai yang tahu maksud sebenar di sebalik ungkapan tersebut yang sering disebut-sebut dan dinyanyikan orang ramai termasuklah golongan kanak-kanak. Namun, jangan risau kerana lagu ini sebenarnya membawa makna tentang kerjasama dan sokongan untuk seseorang atau kumpulan.
Jika diterjemahkan lirik lagu ini iaitu “sikok untuk duo, jangan naik jugo weto tekan samo-samo. Sikok buat duo, jangan naik telan galo-galo. Sikok untuk duo, jangan naik, jom tekan samo-samo.”, ia bermaksud jika satu untuk dua tidak boleh, bolehlah kita usahakan bersama.
Menurut laporan, Meli Dedi dan rakan-rakannya dijemput untuk menari sambil menyanyikan lagu Sikok Bagi Duo dengan iringan DJ.
Tahukah anda siapa penyanyi ‘Sikok Bagi Duo’ ini? penyanyi lagu ini adalah seorang wanita bernama Meli Dedi berasal dari Lubuklinggau, Indonesia.
Selain daripada menjadi suri rumah, Meli juga bekerja sebagai pengacara majlis. Siapa sangka rezeki Meli yang secara spontan menyanyikan lagu ‘Sikok Bagi Duo’ ketika mengacarakan majlis kini mencipta fenomena di TikTok.
Tuah ‘Sikok Bagi Duo’, sekelip mata suri rumah ini dikenali dan popular.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...