Pelakon drama Korea Selatan, Jung So Min seringkali dikaitkan dengan watak dalam drama bergenre komedi romantik.
Dengan personaliti, wajah dan karakternya yang bersesuaian dengan drama sebegitu rupa, So Min menjadi pilihan ramai pengarah K-drama.
Namun menerusi drama yang kini tular menerusi saluran penstriman Netflix berjudul Alchemy of Souls, So Min pantas mencipta fenomena dalam industri lakonan di sana.
Jung So Min
Alchemy of Souls menceritakan tentang ahli sihir wanita yang memasuki roh seorang wanita buta dan bertemu dengan seorang lelaki yang meminta pertolongannya untuk mengubah nasib.
Ads
Selain So Min, drama berkonsepkan fantasy-period itu turut dibintangi Lee Jae Wook, Hwang Min Hyun, Shin Seung Ho dan Arin daripada grup OH MY GIRL.
Alchemy of Souls berterusan menduduki tangga pertama dalam carta rating saluran televisyen Korea Selatan; besar kemungkinan disebabkan pelbagai plot twist yang menemui penonton.
Ads
Menerusi episod yang ditayangkan pada 31 Julai, ia merekodkan rating tertingginya 7.6 peratus; lalu menjadi program nombor satu di Korea Selatang sewaktu slot siarannya.
Menghampiri penghujung drama ini, hari ini So Min dilaporkan telahpun dilamar oleh syarikat TH Company untuk menandatangani kontrak eksklusif dengannya.
Kata Kim Tae Ho yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif TH Company, “Bersama-sama Jung So Min yang teruja dengan masa hadapannya, kami merancang untuk menyokongnya bagi sebarang promosi supaya dia dapat mempertontonkan kelebihannya menerusi pelbagai bidang.”
Ads
Selain Alchemy of Souls, Jung So Min juga pernah membintangi drama alin seperti My Father Is Strange, Because This Is My First Life, The Smile Has Left Your Eyes dan Monthly Magazine Home.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka, filem yang kita semua pernah tonton di pawagam akan memenangi anugerah perfileman paling berprestij.
Filem bercorak adiwira atau superhero sering dipandang rendah malah dianak tirikan apabila tiba musim anugerah. Besar kemungkinan, pengkritik filem merasakan filem seperti ini tidak ‘deep enough’, tidak mempunyai inti pati yang boleh memberikan nilai moral atau tidak mempunyai mesej.
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, filem superhero-lah yang menguasai carta ranking oleh Rotten Movies dan ImBD. Black Panther contohnya adalah antara filem yang paling dinanti-nantikan kerana 1) It is about time this film comes out, dan 2) Ia mempunyai nilai yang lengkap – dari segi jalan penceritaan, pelakon, sinematografi dan sebagainya.
Kecuali mendiang Heath Ledger yang memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Oscars menerusi Batman: The Dark Knight, jarang kita lihat filem superhero memenangi Oscars. Namun, mungkin itu akan berubah pada tahun hadapan.
Marvel Studios khabarnya telah mendaftarkan beberapa buah filemnya untuk bertanding bagi kategori Efek Visual, seperti Ant-Man and the Wasp, Aquaman, Avengers: Infinity War dan Black Panther.
Filem-filem tersebut juga akan bersaing dengan filem keluaran Warner’s Bros iaitu Fantastic Beasts: The Crimes of Gridelwald dan The Nutcracker and the Four Realms.
Kita hanya akan mengetahui 10 filem yang akan meloloskan diri untuk nominasi final pada akhir Disember ini.
Black Panther juga dikatakan mampu bertanding untuk kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Hhm, apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dah namanya Dato’ Seri Siti Nurhaliza, bagilah lagu apa pun mesti vas!
Terbaru hari ini di dalam perkongsian di Instagram, Siti telah berkongsi klip pendek yang menyaksikan dirinya bergandingan dengan Khai Bahar untuk sebuah lagu berbentuk zikir.
Lagu berjudul Cinta Syurga itu mengambil melodi asal lagu popular, Comel Pipi Merah yang direkodkan khas buat puteri Siti dan suaminya, Siti Aafiyah.
Bersesuaian dengan kehadiran bulan Ramadan, Cinta Syurga dilihat cukup sesuai untuk dimainkan berulang-ulangkan kali selepas ia dikeluarkan secara rasmi di seluruh platform digital bermula 25 Mei 2018 ini. Menurut pengurus Siti iaitu kak Rozi, pihaknya juga telah menghantar Cinta Syurga ke stesen-stesen radio.
Malah, ada peminat yang berkata telah mendengarnya di Suria.FM. Korang dah dengar?
Juga khas buat peminat Siti dan Khai Bahar, Cinta Syurga juga akan mempunyai video muziknya sendiri dan akan dimuatnaik di akaun YouTube DatoSNurhalizaVEVO tidak lama lagi. But for now, apa kata kita tengok dulu klip pendek ini.
Ternyata, netizen baik peminat Siti mahupun peminat Khai memuji versi zikir ini dengan menyatakan mudah bagi mereka mengikuti sama membaca zikir tersebut dalam bait lagu tersebut.
Isu Tiru Versi Pelajar Maahad Bukan Isu Besar
Dalam semua suka dengan versi ini, ada netizen yang mendakwa versi ini terlebih dahulu dinyanyikan oleh pelajar Maahad sebagai parodi kepada lagu Comel Pipi Merah. Kiranya macam mereka inilah yang come out dengan idea lirik zikir tersebut.
Kak Rozi dalam kenyataannya berkata pihak telah menghubungi Ustazah Amira yang memuat naik video asal itu dan Kak Rozi juga pernah memuat naik video tersebut pada Instagramnya sendiri. Namun, video repost itu terpaksa ditarik balik kerana arahan pihak sekolah mereka.
Kak Rozi memberi jaminan mereka memberikan kredit kepada Ustazah Amira untuk cetusan idea zikir untuk Cinta Syurga, seperti dalam video Instagram ini.
Jangan risau, REMAJA pasti Siti mahupun Kak Rozi memahami selok-belok industri seni dan mereka sudahpun mengambil kira faktor originaliti pada idea lagu zikir ini.
Sama-sama kita dengar dan zikir bersama okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lewat petang tadi, seluruh rakyat Malaysia khusyuk menumpukan perhatian kepada pembentang Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rata-rata ingin mengetahui apakah yang akan diperolehi oleh sektor dan kategori rakyat masing-masing. Adakah aduan serta keperluan mereka dilayan oleh pihak Kerajaan ataupun ia dipandang sepi?
Ini termasuklah sektor pendidikan yang menjadi tunjang kepada pembangunan insan, ekonomi dan kemasyarakatan negara. Saban tahun, bukan hanya ibu-bapa yang tak sabar menantikan apakah bajet yang diperuntukkan kepada sektor ini demi kebaikan anak-anak mereka.
Malah, golongan pelajar di peringkat sekolah menengah dan golongan belia yang mewakili pelajar di peringkat pendidikan tertiari (kolej dan universiti) turut berminat untuk mengetahui akan nasib mereka.
Selain daripada topik hangat baju apa yang akan dipakai PM, ramai juga ternantikan bajet dalam sektor pendidikan.
Secara keseluruhannya, Bajet 2018 banyak menyentuh mengenai sektor pendidikan. Ada bajet yang dilanjutkan dari tahun 2017 ke 2018. Ada juga yang baru akan diperkenalkan pada tahun depan oleh kerana Kerajaan melihat ia crucial dan sudah tiba masa dilaksanakan secepat mungkin.
Nak tahu apa nasib korang selaku golongan pelajar? Ini dia antara bajet yang sempat REMAJA rangkumkan:
Pendidikan Untuk Generasi TN50 (RM250 Juta)
Menubuhkan pusat sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Mempertingkatkan modul Computer Science termasuklah program koding.
Menaik taraf 2,000 kelas menjadi bilik darjah pintar pembelajaran abad ke-21 bagi meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif (bernilai RM190 Juta)
Kata PM, pusat STEM tersebut bertujuan membentuk kaedah pembelajaran terkini dan melatih guru pakar STEM menggunakan fasiliti institut pendidikan guru sedia ada dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia. Sekaligus, guru-guru di peringkat sekolah akan tampil lebih bersedia untuk berhadapan dengan silibus yang diperbaharui.
Program koding yang disebutkan pula adalah untuk kurikulum sekolah rendah dan menengah yang kini telah wujud di tingkatan 1 dan tingkatan 3.
Pendidikan Peringkat Tinggi
Kerajaan memperuntukkan biasiswa sejumlah RM2.2 Bilion untuk tahun 2018.
Bantuan baucar buku bernilai RM250 seorang (sekali setahun)
Bantuan MyBrain untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran bernilai RM90 Juta kepada yang layak untuk memohon. Klik di sini guys.
Kerjaya dan Bakat TN50
Meneruskan program perantis dan temuduga terbuka di bawah SL1M. Syarikat swasta yang berjaya mendapat kontrak kerajaan diwajibkan memperuntukkan sekurang-kurangnya 1% daripada nilai projek bagi Program SL1M.
Untuk pengetahuan korang, SL1M telah melatih sejumlah 138,000 para graduan sejak ia dilaksanakan dan bersedia untuk menambah sejumlah 5,000 graduan lagi di bawah program perintisnya pada tahun 2018. Secara tak langsung, ia memberi peluang kepada graduan yang layak bagi mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.
Pembangunan Sukan
Program FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlit, program akar umbi dan program pembangunan bola sepak negara melalui KBS bernilai RM1 Bilion.
Kerajaan akan membina 14 kompleks sukan baru di seluruh negara bernilai RM112 Juta.
Sekolah Sukan Bukit Jalil pula terus mendapat peruntukan sebanyak RM20 Juta.
Berita baik bagi pelajar yang sedang menuju ke arah menjadi seorang atlet di peringkat nasional dan antarabangsa. Besar kemungkinan selepas menyaksikan potensi yang ada pada atlet Malaysia di Sukan SEA 2017 lalu, peruntukan terus diberikan bagi membantu para atlet terus mengharumkan nama negara.
Atlet sukan air negara, Aaliyah Yoong antara atlet remaja yang menyerlah pada Sukan Sea 2017 lalu.
Pembangunan Pendidikan
Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah (RM550 Juta)
Membina semula dan menaik taraf sekolah daif menggunakan sistem IBS (RM2.5 Bilion)
Yeay, tiada lagi toilet banjir! Hehe..
Bantuan Persekolahan
Bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan (RM2.9 Bilion)
Bantuan persekolahan RM100 seorang (RM328 Juta)
Pembiayaan Pengajian Tinggi PTPTN
Diskaun 20% untuk penyelesaian penuh pinjaman.
Diskaun 10% untuk bayaran 50% daripada baki hutang sekali bayaran.
Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji.
Grace Period pembayaran balik dilanjutkan daripada 6 kepada 12 bulan.
Topik PTPTN tak habis-habis dibentangkan sejak bertahun-tahun lamanya. Bajet 2018 tak terkecuali apabila kerajaan menetapkan beberapa tahap diskaun bagi menggalakkan pembayaran semula peminjam.
Salah satu poin yang menarik perhatian REMAJA adalah poin Grace Period. Setelah tamat belajar, kini korang mempunyai tempoh yang lebih relevan dan ideal untuk memulakan pembayaran. Jika dulu setelah 6 bulan, notis surat sudah diterima bekas graduan.
Kini, korang mempunyai masa untuk bernafas dulu (take a deep breathe guys, you deserve it), mencari pekerjaan dan mulai membayar semula pinjaman selepas setahun.
Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET: RM4.5 Juta
Walaupun dibentangkan dan diberikan bajet, jumlah yang diperuntukan ini bagi REMAJA masih agak rendah berbanding apa yang dijangkakan pada peringkat awal.
Dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera
Biasiswa pengajian tinggi dan latihan MARA bernilai RM2.5 Bilion.
Ia adalah peruntukan tertinggi yang pernah diberikan kepada peringkat pengajian tertiari dan biasiswa latihan di bawah MARA. REMAJA menganggarkan seramai 90,000 pelajar akan mendapat benifit daripada ini.
Orang Asli
Bantuan pengajian RM3,000 kepada ibu bapa bagi pembelanjaan persediaan anak-anak ke IPTA.
Apa pendapat korang mengenai bajet yang dibentangkan ini? Untuk melihat bajet dalam kategori dan sektor lain, sila klik ke laman web rasmi PM ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena bulan Ramadan yang hampir ke penghujungnya, kumpulan hip hop, 53 Universe baru-baru ini memberi sedikit perbezaan dalam karya mereka apabila melancarkan album EP...