Pelakon drama Korea Selatan, Jung So Min seringkali dikaitkan dengan watak dalam drama bergenre komedi romantik.
Dengan personaliti, wajah dan karakternya yang bersesuaian dengan drama sebegitu rupa, So Min menjadi pilihan ramai pengarah K-drama.
Namun menerusi drama yang kini tular menerusi saluran penstriman Netflix berjudul Alchemy of Souls, So Min pantas mencipta fenomena dalam industri lakonan di sana.
Alchemy of Souls menceritakan tentang ahli sihir wanita yang memasuki roh seorang wanita buta dan bertemu dengan seorang lelaki yang meminta pertolongannya untuk mengubah nasib.
Selain So Min, drama berkonsepkan fantasy-period itu turut dibintangi Lee Jae Wook, Hwang Min Hyun, Shin Seung Ho dan Arin daripada grup OH MY GIRL.
Alchemy of Souls berterusan menduduki tangga pertama dalam carta rating saluran televisyen Korea Selatan; besar kemungkinan disebabkan pelbagai plot twist yang menemui penonton.
Menerusi episod yang ditayangkan pada 31 Julai, ia merekodkan rating
tertingginya 7.6 peratus; lalu menjadi program nombor satu di Korea Selatang sewaktu slot siarannya.Menghampiri penghujung drama ini, hari ini So Min dilaporkan telahpun dilamar oleh syarikat TH Company untuk menandatangani kontrak eksklusif dengannya.
Kata Kim Tae Ho yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif TH Company, “Bersama-sama Jung So Min yang teruja dengan masa hadapannya, kami merancang untuk menyokongnya bagi sebarang promosi supaya dia dapat mempertontonkan kelebihannya menerusi pelbagai bidang.”
Selain Alchemy of Souls, Jung So Min juga pernah membintangi drama alin seperti My Father Is Strange, Because This Is My First Life, The Smile Has Left Your Eyes dan Monthly Magazine Home.
ARTIKEL BERKAITAN : 7 K-Drama Terbaharu Yang Ditayangkan Sepanjang Ogos Ini – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.