Tempat Baru Untuk Chill Lex, kalu korang pergi mana-mana kedai Starbucks, biasanya kita akan disambut dengan interior yang wow dari kedai kopi ‘kayangan’ ini. Dan selalunya kedai Starbuck ini akan mengunakan warna dominan coklat dan hijau.
Terbaru, Starbucks Coffee
nama yang tidak asing lagi bagi masyarakat dunia termasuklah yang ada di Malaysia telah mengorak selangkah kehadapan apabila Starbucks Malaysia telah membuka cawangan kopi pakar mereka, Starbucks Reserve terbesar di Malaysia.Syarikat kopi terbesar di dunia ini membuka butik terbarunya ini di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, jadi korang penggemar minuman Starbucks boleh merasai pengalaman minum kopi yang berbeza di sini dibuka secara rasmi semalam.
Bukan setakar interior yang wow Starbucks Reserve ini juga berbeza dengan kedai-kedai Starbucks yang lain kerana ia menyediakan pilihan kopi yang lebih baik berbanding cawangan Starbucks biasa. Malah, korang boleh mendapatkan biji kopi Arabica terpilih yang datang dari seluruh dunia.
Sudah pasti, Starbucks Reserve merupakan tempat untuk para peminat kopi menikmati rasa kopi sebenar. Bukan itu sahaja, dekorasi Starbucks Reserve kelihatan lebih elegan dan mewah berbanding cawangan biasa.
So jangan lepaskan peluang pada weekend ini untuk ke Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.
Ingat. Jangan lupa ikut SOP yang ditetapkan okay!