Port Baru Nak OOTD Dengan Mural Wajah Wira Negara, Kini Ada Di Shah Alam Hasil Kerja Pemuda Ini

Share

Dah jadi seperti satu kebiasaan bagi anak muda, bila mereka suka mencari port untuk merakam foto OOTD. Nak muat naik gambar di Instagram mestilah kena style kan?

Pantang nampak tempat baru yang cantik dan best untuk lepak, confirm ramai yang berpusu-pusu datang singgah kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar.

So kali ini, Remaja nak kongsi dengan korang port best untuk rakam gambar OOTD dengan wira negara yang melindungi kita dari Covid-19!

Semenjak penularan wabak Covid-19, telah ada beberapa individu diangkat sebagai wira negara. Mereka juga merupakan pasukan yang berada di barisan paling hadapan petugas kesihatan dan keselamatan yang mampu mengendali pandemik ini dengan cemerlang.

Melalui perkongsian oleh Suhaimi Ali di laman Facebooknya, dia telah berkongsi gambar mural yang dilukisnya di sebuah dinding di Shah Alam. Dia yang merupakan seorang pelukis mural menggunakan lukisan tersebut sebagai tanda terima kasih kepada mereka.

Suhaimi Ali, seorang pelukis mural yang merupakan anak kelahiran Kuala Terengganu mengabdikan wajah kebanggaan negara itu melalui lukisan mural sebagai menghargai jasa dan keprihatinan wira negara dalam menghadapi pandemik ini.

Dalam kapsyen yang ditulis oleh Suhaimi Ali di laman Facebook beliau, dia turut mengungkapkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada barisan hadapan dan wira negara yang bertungkus-lumus mengawal Covid-19 dari awal sehingga menunjukkan penurunan yang ketara setakat ini.

Mural dengan wajah KDYMM, Seri Paduka Baginda YDP Agong dan Datuk Dr Noor Hisham telah dilukis oleh Suhaimi Ali dengan strok tona yang berbeza-beza namun kelihatan sangat kemas sehingga menjadi tular di media sosial.

Antara lakaran wajah lain yang turut kelihatan di sebelah potret mural Dr Noor Hisham adalah wajah Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yang kini terkenal dengan jolokan Pak Long Mail oleh netizen.

Menerusi laman Facebook Suhaimi, dia juga sempat menunjukkan proses lukisan mural tersebut dibuat dan hasilnya begitu menakjubkan.
Lukisan mural tersebut dihasilkan di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam di belakang Restoran Isa Maju.

Apabila kesemua mural ini sudah siap sepenuhnya, pastinya lokasi tersebut bakal menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bergambar bersama karya yang memaparkan sebahagian daripada lipatan sejarah negara.

So korang tak nak ke jadi orang yang terawal OOtd dekat sini. hiks

Sumber : Suhaimi Ali

 

Published by
Ruziana Zainal