Port Nasi Ayam Paling Heaven di Shah Alam, CRG Chicken Rice Guys Diserbu Setiap Hari

Share

Shah Alam memang terkenal antara syurga makanan. Banyak lokasi enak seperti Bawal Goreng Panas di Padang Jawa, Cendol Durian Markona, Restoran Kueh di Seksyen 13, D’ Kayangan Steam Boat, Nasi Bukit, Nasi Gepuk di Seksyen 7 termasuk Nasi Ayam paling enak yang boleh didapati di CRG Chicken Rice Guy (CRG) di No 40 Jalan Zirkon 7F/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Kalau korang nak tahu, port makan sedap ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam berdekatan pintu masuk ke Universiti Selangor. Lokasinya memang port cantik kerana mudah untuk diakses termasuk jika korang datang dari Lebuhraya Persekutuan.

Inilah CRG Chicken Rice Guy (CRG) di No 40 Jalan Zirkon 7F/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Mungkin ramai yang cakap ala nasi ayam, semuanya sama. Tapi REMAJA nak bagitahu, nasi ayam di CRG Chicken Rice Guys ini bukan menu biasa-biasa sebaliknya begitu istimewa kerana sambal dan kicapnya. Nasinya memang sedap sangat dan boleh dimakan begitu saja.

Malah kalau korang baca review tentang CRG Chicken Rice Guys ini, korang boleh nampak semuanya memberikan lima bintang ke atas setiap makanannya. Sebabnya hanya satu, semua makanannya enak dan best.

Inilah nasi ayam paling sedap. Harga murah aje RM5.50 dan paling penting tiada MSG ya. Memang terbaik.
Rizal yang juga Ketua Perhubungan Awam & Pemasaran akui CRG Chicken Rice Guys diserbu pengunjung kerana kesedapan makanan di restoran ini.

REMAJA berkesempatan menemuramah salah Ketua Perhubungan Awam & Pemasaran CRG Chicken Rice Guys iaitu Rizal. Menurutnya CRG Chicken Rice Guys sentiasa mengamalkan konsep setiap makanan yang disajikan mestilah enak dan berkualiti tinggi.

“Perkara pertama kami amalkan ialah tak ada makanan lebihan semalam dibawa ke hari esoknya sebab kita nak jaga kualiti.

“Keduanya makanan mesti fresh termasuk bekalan makanannya. Dapur juga terbuka untuk memudahkan pelanggan melihat apa kami masak.

Dapurnya terbuka dan pelanggan boleh tengok bagaimana makanan dihasilkan

“Dan paling penting servis kena cekap. Masa menghidang makanan juga kurang dari lima minit supaya pelanggan tak tunggu lama,” katanya ketika ditemui.

Kesemua finalis Dei Remaja pernah try makan di sini. Dan semuanya recomended

Kalau korang nak tahu, nasi ayam di CRG Chicken Rice Guys ini ada pelbagai menu. Satu nasi ayam hainan, roasted dan satu lagi nasi ayam biasa.

 

Menu itik berempah yang mesti cuba. Siapa yang tak biasa makan itik dan sekali cuba pasti korang ketagih lepas tu nak cuba lagi

Kalau korang berani nak try makan lain dari kebiasaan, korang boleh try itik berempahnya selain itik panggang.

Menurut Rizal, itik ini special sedikit.

“Kita akan perap rempah ratusnya dan kita sediakan mengikut selera tekak orang Malaysia yang ada rasa pedas dan enak. Paling best sos plumnya yang boleh membuka selera,”katanya yang sentiasa menekankan kualiti kontrol bagi setiap makanan yang disajikan untuk pelanggan.

Inilah kuew teow yang sangat sedap
Mi kicap yang harus dicuba, memang sedap

Selain nasi ayam, ada juga keow teow yang diiktiraf sebagai port makan keow teow paling enak selain nasi ayamnya oleh penduduk Shah Alam. So dah boleh bayangkanlah apabila terpilih sebagai restoran terbaik, pasti semuanya enak-enak belaka.

“Semua menu di sini adalah menu pilihan dan disukai oleh keluarga salah seorang pengasasnya, Audi. Menu-menu inilah yang kita bawakan untuk orang ramai,” katanya memaklumkan CRG Chicken Rice Guys ini diasaskan bersama oleh Audi, Firman dan juga pihak pengurusan lain.

Mi kari pun ada. Macam-macam menu ada di jual di sini

Menurut Rizal, semua menu di sini adalah menu kegemaran rakyat Malaysia.

“Ramai yang minta kami buka francais luar dan semua itu masih dalam perancangan rapi. Namun yang begitu, CRGCHICKENRICEGUYS ingin memastikan mereka sudah bersedia secara keseluruhan sebelum melangkah lebih jauh,” katanya yang bertindak sebagai Ketua Perhubungan Awam & Pemasaran CRG.

So korang, menu dia pun murah-murah saja. Bermula dari harga RM5.50 sahaja, gerenti korang kenyang bila mencuba di sini.

Jom tengok video di bawah.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros