Apabila pandemik Covid-19 melanda Malaysia, sebahagian dari kita terpaksa bekerja dari rumah bagi mengekang penularan virus tersebut. Walaupun kedengaran indah, namun kerja dari rumah atau pun secara jarak jauh bukan di dalam pejabat ada kelebihan dan kekurangan.
Terutamanya dari segi pengurusan masa dan juga waktu kerja yang tidak jelas. Ada yang mengeluh, pukul 10 malam pun perlu menghadiri mesyuarat sedangkan waktu bekerja hanyalah setakat pukul enam petang.
Di Portugal, kerajaannya negara itu telah mengeluarkan satu akta baharu bagi menangani isu tersebut. Udang-undang ini baru sahaja diluluskan di Portugal.
Adalah menyalahi undang-undang untuk bos anda menghantar mesej kepada anda selepas bekerja dan syarikat mesti bertanggungjawab terhadap perbelanjaan akibat kerja di luar pejabat.
Peraturan baharu yang diluluskan oleh parlimen negara itu pada hari Jumaat lalu adalah tindak balas kepada kenaikan peratusan pada pekerja yang bekerja dari rumah akibat pandemik Covid-19, kata Parti Sosialis yang memerintah Portugal.
Di bawah undang-undang baharu ini, syarikat perlu membantu membayar perbelanjaan yang ditanggung oleh pekerja seperti seperti bil elektrik dan internet yang lebih tinggi daripada kebiasaan ketika bekerja di pejabat.
Undang-undang baharu itu juga melarang majikan memantau pekerja mereka semasa mereka bekerja di rumah. Majikan juga boleh berdepan hukuman kerana menghubungi pekerja di luar waktu pejabat.
Walaupun begitu, pindaan kepada undang-undang buruh Portugal mempunyai had; undang-undang ini tidak akan terpakai kepada syarikat yang mempunyai kurang daripada sepuluh pekerja.
Walaubagaimanapun cadangan untuk memasukkan “hak untuk memutuskan sambungan” yang merupakan hak undang-undang untuk mematikan mesej dan peranti berkaitan kerja di luar waktu pejabat ditolak oleh ahli parlimen Portugis.
Langkah baharu itu juga bertujuan untuk menangani kesunyian, dengan syarikat dijangka menganjurkan pertemuan bersemuka sekurang-kurangnya setiap dua bulan.
Portugal adalah negara pertama di Eropah yang mengubah peraturan kerja secara jarak jauh akibat wabak itu.
Langkah sementara yang diperkenalkan pada Januari tahun ini menjadikan kerja jauh sebagai pilihan wajib, dengan beberapa pengecualian. Majikan juga diwajibkan menyediakan alat yang diperlukan untuk menyelesaikan kerja di rumah.
Walaupun kerja jauh sepanjang pandemik membawa fleksibiliti baharu kepada ramai, keperluan untuk campur tangan selanjutnya menjadi jelas melalui isu seperti akses tidak sama rata kepada kemudahan seperti internet.
Sumber: (1)