
Rumah sudah siap, pahat berbunyi…
Begitulah adat dalam dunia politik, walaupun begitu sebagai rakyat Malaysia kita harus fokus kepada pembangunan negara yang dipacu oleh kerajaan terkini. Jadi pengkiritik bila melihat perkara yang salah.
Semalam menyaksikan berlangsungnya mesyuarat pertama kabinet kerajaan perpaduan dengan beberapa isu telah diangkat untuk dimurnikan dan juga meneliti ketelusan khususnya dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih berdaya saing.

Antara intipati yang menjadi perhatian ialah ;-
- Gaji menteri dipotong sebanyak 20 peratus.
- Mulai 1 Januari tahun depan, cabutan judi khas diturunkan dari 22 kali kepada 8 kali sahaja.
- Timbalan Perdana Menteri 1 mempengerusikan jawatan kuasa siap siaga untuk menghadapi banjir.
- Timbalan Perdana Menteri 2 pula diarahkan untuk memastikan pelaksanaan bahagian Perjanjian Malaysia 1963 yang masih tergendala diteliti dengan baik.
- Perdana Menteri telah meneliti isu monopoli beras. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah bersetuju untuk peruntuk RM10 juta kepada pesawah tahun ini dan RM50 juta tahun hadapan bagi membantu pesawah padi yang dihimpit kemiskinan.
- Menteri Pertanian bakal umum harga telur lebih rendah bermula hari ini dan mengurangkan kebergantungan kepada kartel.
- Bajet 2023 yang sudah dibentangkan sebelum ini akan diteliti semula dan diubah suai dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kewangan dan Kabinet Kerajaan Perpaduan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demi Cinta, Lelaki Ini Sanggup Jalan Kaki Rentas Thailand Untuk Melamar

Cinta sememangnya sesuatu hal cukup misteri. Ada masanya cinta seolah-olah senang dicari, namun kadang kala banyak juga rintangan yang perlu diharungi demi mendapatkan cinta sejati.
Bak kata pujangga demi cinta lautan api sanggup diredahi. Begitulah perumpamaan yang berlaku kepada seorang lelaki Thailand ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Demi Buktikan Cinta, Lelaki Cipta Pulau Khas Guna Duit Tabung Tapi Tetap Ditolak

Demi membuktikan cinta dan menawan hati teman wanitanya, lelaki ini sanggup berjalan kaki sejauh 1,400 kilometer merentasi Thailand demi melamar teman wanita. Dia telah memulakan perjalanan dari rumahnya di wilayah Nakhon Nayok di tengah Thailand dan menyasarkan untuk sampai ke rumah teman wanitanya di wilayah Satun, Selatan Thailand menjelang 15 Februari ini.
Tidak Pernah Bertemu
Menurut laporan The Thaiger, lelaki ini hanya mengambil masa lima bulan mengenali dan menyulam kasih bersama teman wanitanya di media sosial TikTok. Mereka dilaporkan tidak pernah bertemu secara bersemuka dan hanya bercakap secara kerap melalui panggilan video.
Malah, teman wanita lelaki tersebut telah mencabarnya untuk membuktikan cintanya dengan berjalan kaki atau berlari sehingga sampai ke Satun. Demi cinta, lelaki tersebut telah menerima cabaran itu dan terus bertolak pada Selasa lalu. Menerusi video yang dimuat naiknya pada bulan November lalu, dia menulis bahawa dia akan berlari untuk membuktikan cinta sejatinya.
“Saya akan lari untuk membuktikan sama ada cinta sejati itu wujud atau tidak. Saya akan berlari selama sebulan, bermula pada 14 Januari dan bakal tiba di destinasi pada 14 Februari, ketika hari Valentine.
“Permulaan perjalanan adalah di Empangan Khun Dan Prakarn Chon di Nakhon Nayok dan destinasinya ialah Satun. Kami bertemu di TikTok, saya akan membuktikan bahawa cinta sejati boleh ditemui di media sosial,” tulis lelaki tersebut.
Berkongsi Perjalanan Di TikTok
Lelaki itu turut berkongsikan setiap detik perjalanannya di akaun TikTok miliknya. Dia juga bersedia dengan segala kelengkapan bagi menempuh perjalanan yang panjang itu.
Pada hari ketiga, lelaki itu berkata bahawa dia agak letih berjalan dan mula berasa sakit di ototnya. Dia akan bertukar strategi daripada berjalan pada waktu siang kepada berjalan pada waktu malam kerana jalan raya pada waktu pagi terlalu sesak.
Pejalan kaki yang sedang hangat dilamun cinta itu telah mendapat perhatian ramai pengikut di media sosial. Terdapat ramai TikTokers Thailand juga mengulas mengenai videonya untuk memberi semangat kepadanya.
Dalam video terbarunya, dia kini sudah masuk hari ketujuh dalam perjalanan bertemu dengan cinta sejatinya. Dia kini berada di wilayah Phetchaburi dan mempunyai kira-kira 850 kilometer baki perjalanan lagi.
@kaocivid1970 #เดินไปขอแต่งงาน ♬ เสียงต้นฉบับ – แมวเก้าชีวิต
Wah, macam-macam ragam orang bercinta ini kan. Apa-apapun, memang thumbs up diberikan untuk lelaki ini!
Sumber: The Thaiger Kredit Foto: @kaocivid1970/TikTok
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lindsay Lohan Ulang-Alik Antara New York Dan Negara Majoriti Islam Untuk Dapat Ketenangan

Kira-kira dua tahun lepas, seluruh dunia kecoh sekejap apabila foto pelakon Mean Girls, Lindsay Lohan yang memakai hijab tersebar di media sosial.
Ramai yang membuat spekulasi Lindsay kononnya telah memeluk agama Islam, berkahwin dengan jutawan dari negara Arab ataupun sengaja melakukan publisiti untuk kekalkan populariti.

Namun, Lindsay buat julung kalinya bercakap di media perdana melalui rancangan The Wendy Williams Show, hujung minggu lepas untuk bercakap tentang kehidupannya yang sebenar, selama ini.
Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, dia sebenarnya berulang-alik di antara tiga buah bandar iaitu New York City, Dubai UAE dan Greece atas urusan kerja dan juga untuk mencari ketenangan.

“Setelah episod hitam dalam hidup saya berlaku semasa saya menginap di Los Angelas beberapa tahun lepas, saya inginkan ketenangan dan apa yang saya lakukan ialah membuatkan diri saya sibuk dengan kerja.
“Di New York, saya akan bersama dengan keluarga. Kemudian, saya akan berpatah ke Dubai di mana ia adalah tempat saya untuk betul-betul bekerja. Contohnya sekarang, saya sedang menyiapkan rangkaian kosmetik dan juga, hhm, mereka bentuk sebuah pulau yang bernama ‘Lohan Island’.”
Ouh, wow!
Katanya, pulau miliknya itu termasuk di dalam projek The World Islands, iaitu pulau-pulau kecil yang ditambak mengikut bentuk peta dunia.
“Ia masih dalam peringkat perbincangan. Ya, saya sukakan projek kecil seperti ini untuk membuatkan diri sibuk. I like to keep myself busy,” katanya kepada hos, Wendy Williams.

Selain daripada Dubai, Lindsay juga akan melawat Mykonos di Greece setiap 4-5 bulan sekali untuk melihat kelab malam bernama Lohan Nightclub yang diusahakannya selama ini. Sebuah lagi kelab malam milik Lindsay juga terletak di Greece, iaitu di Athens.
Jadi sekarang, kita tahulah kenapa Lindsay sudah lama tak melakukan kemunculan di karpet merah. Fotonya juga jarang sekali ditangkap oleh paparazi. Ini kerana kegiatan paparazi diharamkan sepenuhnya di Dubai yang menjadi rumah keduanya.
Dubai juga baginya ialah tempat yang tenang kerana jarang sekali dia melihat orang mabuk dan berparti di sana. “Saya merasa selamat di sana. Mudah untuk saya merancang kerja saya tanpa gangguan.”
Lindsay dalam temuramah bersama Wendy Williams.
Selain daripada kerja yang memerlukannya terbang dari satu negara ke negara yang lain, Lindsay juga kini aktif dalam urusan kebajikan bersama mangsa pelarian. Dia selalu berhubung dengan keluarga pelarian di negara seperti Turki untuk berbincang mengenai keperluan di sana terutamanya keperluan kanak-kanak. Malah, Lindsay juga merancang untuk kembali ke Turki dalam masa terdekat.
“Saya rasakan penting untuk memberi kasih sayang kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai ahli keluarga dan masa depan yang cerah. Itu juga adalah salah satu fokus saya sekarang,” katanya.
Apabila ditanya mengenai perancangan untuk mempunyai keluarga dan anak sendiri, Lindsay mengatakan buat masa ini dia tidak mempunyai teman lelaki lagi. Namun sudah tentu suatu hari nanti, dia inginkan keluarga seperti orang lain juga.

Kadangkala, kita lupa yang Lindsay Lohan baru berusia 31 tahun kerana dia bermula awal sebagai pelakon Mean Girls. Bagi korang yang rindu untuk menonton lakonan Lindsay, dia akan terlibat dalam penggambaran filem di Riyadh tak lama lagi. Filem berjudul ‘Frame’ itu memaparkan kehidupan seorang jurugambar wanita Amerika yang meninggalkan Amerika untuk menetap di Arab Saudi.
Di sana, dia mendalami kehidupan wanita Mesir yang mempunyai budaya dan hobi berbeza dengan wanita Barat seperti memanah, lawan pedang dan menunggang kuda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Nak BerTikTok Boleh, Tapi…” – Ini Panduan Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Sejak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini nampaknya semakin ramai yang turut serta membuat rakaman menggunakan aplikasi TikTok. Mungkin ia adalah cara buat untuk menghiburkan diri di kala gusar dengan penularan wabak Covid-19.

Pelbagai versi dicuba oleh ramai sempena musim kuarantin ini, dari lip-sync, aksi komedi dan video menari dan macam-macam lagilah. Tapi apa hukumnya buat Tiktok ni dalam Islam?

Di Malaysia, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan meletakkan hukum dibolehkan untuk bermain TikTok dan laman media sosial yang lain sekiranya digunakan untuk perkara bermanfaat.
Hukum bermain TikTok
Pada dasarnya sebarang aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, WhatsApp, Instagram mahupun TikTok yang digunakan untuk perkara yang manfaat adalah dibolehkan. Hal ini bertepatan kaedah berikut :
الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم
Maksudnya:” Pada asal sesuatu hukum itu adalah diharuskan, sehingga terdapat dalil ke atas pengharamnya
Pengguna yang bertanggungjawab mengurus sebarang aplikasi sama ingin memandu kepada jalan yang bermanfaat mahupun jalan yang membawa kerosakan. Justeru, hukum harus boleh berubah kepada hukum lain tertakluk cara pengguna mengendalikannya. Hal ini, situasi gambaran isu kadangkala boleh menatijahkan hukum yang berbeza berdasarkan kaedah umum yang menyebut:
الحكم على الشيئ فرع عن تصوره
Maksudnya: “Hukum terhadap sesuatu perkara merupakan cabang daripada gambarannya’
(Lihat al-Ta’rifat, (59); al-Kulliyyat, 290)
Antara penetapan hukum dalam hiburan seperti media sosial ialah:
- Makruh, sekiranya hiburan itu tidak memberi sebarang kesan baik ataupun buruk kepada manusia kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah.
- Haram, sekiranya membawa keburukan kepada inidividu dan masyarakat. Ini seperti perbuatan yang bercampur dengan perkara yang diharamkan syarak
- Dibenarkan dan digalakkan, sekiranya hiburan itu memberi kesan yang baik kepada individu dan masyarakat (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/521-522)
Untuk info, Tiktok merupakan aplikasi perkongsian video yang dimiliki oleh ByteDance yang bertapak di Beijing, TikTok diasakan pada 2012 oleh Zhang Yiming.
Digunakan untuk menghasilkan video tarian pendek, lip-sync, aksi komedi dan video seni, aplikasi yang dilancarkan di iOS dan Android ini kemudiannya berjaya dibawa keluar dan dipasarkan luar dari China.

Dilancarkan di pasaran China pada September 2016, TikTok kemudiannya menjalinkan kerjasama dengan aplikasi musical.ly dan menjadi boleh dicapai di Amerika Syarikat.
Selepas daripada jalinan kerjasama itu, populariti aplikasi TikTok ‘meroked’ dengan jayanya dan berjaya menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun di Amerika Syarikat pada Oktober 2018, dan pada 2019, aplikasi ini tersenarai sebagai aplikasi ke-7 paling banyak dimuat turun dalam tempoh masa sedekad bermula 2010 hingga 2019 dan menjadi aplikasi nombor satu yang dimuat turun paling banyak di App Store pada 2018 dan 2019.
Sumber: Wikipedia, Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

