Power Bank Jenama “PINENG” Tiruan. Dijual Pada Harga RM30 Sahaja Tapi Bila Akak Nie Buka Isi Dalamnya Hanya…

Share

Dalam dunia hari ini, apa saja perkara yang dianggap boleh menjimatkan, masa yang sama begitu bermanfaat akan menjadi keutamaan untuk membelinya.

Power bank antara barang keperluan yang dilihat ada pada setiap individu kerana memudahkan untuk mengecas kembali telefon bimbit yang kehabisan bateri.

Namun di sebalik keghairahan untuk membeli yang murah, power bank jenama terkenal Pineng menjadi mangsa ciplak a.k.a tiruan apabila diubah suai oleh mereka yang berniat jahat menipu pengguna yang mudah tertarik dengan harga murah.

Ini power bank original yang dijual di laman web mereka

 

Tengok video di bawah bagaimana kakak ini tertipu dengan jenama terkenal ini. Dia membelinya ketika berenti di R&R semasa hendak ke Kuala Terengganu kerana power bank asalnya tertinggal di rumah. Jadi untuk memudahkannya, dia membeli power bank ini. Ikutkan harga, kata penjualnya nilai power bank ini sekitar RM120.

 

Tapi penjual  mahu menjualnya pada harga jauh lebih murah. Dari harga original RM120, penjual menawarkan RM30. Akhirnya dari tawar menawar harga dibeli hanya RM25. Kalau kita sudah pasti gembirakan kerana dari RM120 tetapi boleh beli pada harga RM25, memang cukup cunlah.

Tapi malangnya apabila di charge penuh dan bila digunakan pada telefon, tak sampai separuh pun kuasanya tinggal. Tidak sampai setengah jam power bank itu sudah kehabisan power.

Mungkin “bengang”  dengan apa berlaku, dia membuka cover penutup power bank tiruan ini dan apa yang berlaku sangat mengejutkan. Dari lima biji bateri  A4 hanya satu sahaja yang disambung dengan alat utama dan selebihnya hanya dilekat dengan pita pelekat tanpa bersambung satu sama lain. Bateri ini untuk menambah realnya penipuan, seolah-olah dijadikan pemberat sahaja.

Lebih mengejutkan, bateri yang disangka bateri sebenarnya adalah pasir semata-mata. Memang jelik perangai niekan. Kerjanya menipu untuk dapat wang dengan mudah.

Ini power bank tiruan yang boleh dibuka covernya

 

Tengok bagaimana bateri itu diisi dengan pasir sahaja sebenarnya

 

Sebaiknya, kalau nak beli jenama ini try buka covernya, boleh atau tak kerana biasanya yang original tak boleh boleh dibuka langsung.

Jadi berhati-hatilah ya. Kalau nak beli pun belilah yang harganya mahal sedikit tetapi berbaloi untuk pakai lama. Jangan beli yang murah tetapi hanya pakai sekali. Zaman sekarang terlalu banyak penipuan kerana manusia mahu hidup senang dengan menipu orang lain.

Semoga kita semua berhati-hati agar tidak tertipu dengan sindiket yang sememangnya sudah merancang dan tahu untuk mengambil kesempatan di atas “pilihan” orang ramai yang sukakan benda-benda murah.

Published by
Almaswa Haji Che Ros