Prasana Shri, Pelajar Jurusan Pergigian Bakal Mewakili Malaysia Di Pertandingan Miss Eco International 2022

Share

Gadis berusia 25 tahun ini cantik manis orangnya, ditambah pula dengan ketinggian mencecah 178cm semestinya mata akan tertarik tatkala memandang. Pemilik nama Prasana Shri ini telah dipilih untuk mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Eco International 2022 yang bakal diadakan di Mesir bermula 14 Mac nanti.

Tidak asing dalam dunia ratu cantik, Prasana sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Miss Earth Air Kuala Lumpur 2016 dan Miss Polo Malaysia 2021.

Cantik dalam persalinan rekaan Jimmy Couture.

Meninjau ke laman Instagramnya pada 14 Januari 2022, Prasana berkongsi kepada umum berita yang dia akan ke Mesir untuk mewakili Malaysia.

“Hello Mesir, di sini saya datang untuk menakluk pertandingan Miss Eco International. Apa yang anda dengar adalah betul. Saya Prasana Shri, Miss Eco Malaysia 2022 akan mewakili negara saya yang indah, Malaysia ke Mesir pada 6 Mac 2022 hingga 18 Mac 2022. Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman ini bersama dengan ratu cantik lain dari seluruh dunia,” ujarnya

BACA JUGA: 4 Ratu Cantik Yang Membanggakan Malaysia Sepanjang 2021. Menariknya, Mereka Semua Berdarah India

Baru-baru ini dalam hantaran terkini, dia yang mengadakan penggambaran siap dengan mahkota sebagai Miss Eco Malaysia cantik dalam persalinan busana gaun labuh rona hijau zamrud hasil rekaan pereka fesyen, Jimmy Couture.

“Gambar kegemaran saya dan hari yang tidak dapat dilupakan bersama pasukan saya. Berkongsi petikan kata-kata daripada Ban Ki Moon, menyelamatkan planet kita, mengeluarkan orang ramai daripada kemiskinan, memajukan pertumbuhan ekonomi. Ini adalah satu perjuangan yang sama.

“Kita mesti menghubungkan titik antara perubahan iklim, kekurangan air, kekurangan tenaga, kesihatan global, keselamatan makanan dan pemerkasaan wanita. Penyelesaian kepada satu masalah mesti menjadi penyelesaian untuk semua. Semuanya bermula dengan minda dan langkah kecil. Berhenti bercakap dan mula mengambil tindakan untuk melindungi alam sekitar kita,” kongsinya panjang.

Akan berangkat ke Mesir pada Sabtu ini, adakah Prasana akan meneruskan legasi kecemerlangan Malaysia di pertandingan itu? Sebelum ini Malaysia pernah menjuarai pertandingan tersebut apabila Amy Nurtinie dinobatkan sebagai Miss Eco International 2019 setelah juara asal menarik diri. Amy yang berada dalam kelompok lima terbaik dalam pertandingan itu dipilih untuk memegang gelaran itu.

Good luck Prasana! Kibarkan tinggi bendera Malaysia.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber & kredit foto: Instagram Prasana Shri

Published by
Fiezreen