Trending di Twitter sejak minggu lalu mengenai isu hutan hutan Amazon yang kini terbakar sudah 17 hari.
Kini, pihak berkuasa Brazil sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran hutan tersebut di samping menyelamatkan haiwan-haiwan yang terperangkap di dalam insiden itu.
Apakah Hutan Hujan Amazon?
Untuk pengetahuan, hutan hujan Amazon merupakan ekosistem terbesar di dunia serta hutan hujan terbesar di dunia dan sangat terkenal kerana mempunyai pelbagai tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan.
Selain itu, hutan tersebut juga mmepunyai sungai terbesar di dunia iaitu sungai Amazon.
Dimanakah Hutan Hutan Amazon Terletak?
Terletak di Amerika Selatan dan melibatkan Sembilan negara, majoriti hutan tersebut terletak di sempadan Brazil diikuti oleh Peru, Colombia dan juga sedikit di Venezuela, Ecuador, Bolivia, Guyana, Suriname dan Guiana French.
Kenapa Penting Hutan Hujan Amazon Ni?
Mempunyai keluasan sebesar 5.5 juta KM, hutan hujan Amazon menghasilkan enam peratus oksigen setiap hari. Selain itu, hutan tersebut juga turut dipanggil jantung bumi kerana dipercayai hutan hujan Amazon menyerap 2 bilion tan karbon dioksida setiap hari – gas yang menyumbang kepada pemanasan global.
Di samping itu, pokok-pokok di situ juga turut berperanan sebagai kanopi yang membantu seimbangkan hujan di sekitar Amerika Selatan. Tanpa pokok yang cukup untuk menjadikan kanopi maka kemarau dikhuatiri akan berterusan di Brazil, Uruguay, Paraguay dan Argentina seterusnya mengganggu system pertanian.
Kenapa Hutan Hutan Amazon Terbakar?
Dipercayai, saban tahun memang ramai yang sering membakar hutan untuk memulakan pertanian -selalunya yang haram- namun tahun ini merupakan yang terburuk dalam sejarah apabila kebakaran hutan tersebut tidak dapat dipadamkan sejak berminggu lalu.
Malah, kebarakan tersebut sudah lebih 9KM hutan dipercayai terbakar dan ia merebak dengan pantas.
#PrayForAmazonia
Susulan itu, netizen seluruh dunia mendoakan agar isu kebakaran di Amazon dapat dikawal dengan segera.
#ARMYHelpThePlanet#PrayforAmazonia
Help the Planet pic.twitter.com/q9FLSYuYK4— 김태형 (@TaeKook66196775) August 25, 2019
Heartbreaking sight of the Amazonia fire outbreak. The selfishness of mankind is the doom for humanity and its environment. #AmazonFires #PrayforAmazonia pic.twitter.com/41bOg51gTm
— FutureSaveNG (@futuresaveng) August 25, 2019
this is so heartbreaking. pray for these innocent animals who lost their lives. protect our planet it's future is in our hands. #PrayforAmazonia pic.twitter.com/ShXdSWdnBm
— priyanshi (@flatline_bizzle) August 25, 2019
#PrayforAmazonia Amazon , The Planet’s lungs , was on fire for 16 days. Amazon is the largest rainforest in the planet creating 20% of earth’s oxygen , if you can’t save it spread the message 🆘🌳🌏 #amazon pic.twitter.com/k5OeuAs0rL
— Farah Bastaki (@farbasta) August 25, 2019
sumber: Gulf News & Twitter