Di saat semua negara masih berjuang melawan COVID-19 dengan pelbagai varian muncul di muka, kini Turki diuji dengan masalah kebakaran hutan dan memusnahkan ribuan hektar tanah, selain lebih 1,500 penduduk dipindahkan.
Di Turki, ratusan penduduk dipindahkan dari kediaman masing-masing semalam selepas kawasan hutan berhampiran sebuah resort percutian yang terkenal dalam kalangan pelancong Rusia hangus terbakar.
Yes, that is how bad it is guys.
Siaran televisyen menunjukkan pasukan bomba menggunakan helikopter untuk memadam kebakaran infrastruktur dan kawasan lapang di pekan Manavgat.
Lapor CNN Turk, empat daerah di pekan tersebut sudah dikosongkan dan kebakaran semakin hampir berjaya dikawal.
Pihak berkuasa di pulau Sardinia di Itali pula mengisytiharkan darurat dan lebih 1,500 penduduk dipindahkan selepas kebakaran hutan memusnahkan 20,000 hektar tanah di wilayah Oristano.
Ads
Sebanyak 7,500 bomba dikerah ke lokasi kebakaran, manakala Perancis dan Greece turut menghulurkan bantuan untuk memadam api.
Presiden Sardinia, Christian Solinas menyifatkan kebakaran hutan itu sebagai ‘bencana yang tidak pernah berlaku sebelum ini’.
Susulan itu, netizen seluruh dunia mendoakan agar isu kebakaran di Turki dapat dikawal dengan segera. Malah trending di media sosial dengan tanda pagar ##prayforturkey #HELP
Ads
Malah, melalui satu perkongsian instagram dengan akaun @akudanistanbul menyatakan Selatan Turki diibaratkan seperti dalam neraka.
Semalam isteri kepada penyanyi Noh Salleh iaitu MizzNina di instagramnya @officialmizznina turut berkongsi keadaan kebakaran di Turki dan turut berdoa agar kebakaran ini cepat padam dan semua dilindungi Allah S.W.T
Untuk info, bulan ini juga Eropah dilanda musim tengkujuh luar biasa sehingga mencetuskan banjir besar di Jerman dan Belgium, menyaksikan lebih 200 orang maut, manakala Itali pula berdepan dengan insiden tanah runtuh.
Apapun, sama-sama kita doakan agar insiden kebakaran ini pantas diatasi dengan cepat. Bagaimana la haiwan-haiwan dalam hutan tu…huhuhu
Sumber : Instagram, Twitter, utusan.com.my
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ramai yang menganggap individu yang beragama Islam sukar menempa kejayaan di luar negara, terutamanya di negara yang didominasi oleh masyarakat bukan Islam.
Namun, sebenarnya tanggapan ini tidak benar kerana terdapat banyak pengiktirafan antarabangsa yang telah meraikan individu Muslim berpengaruh dengan mengambil kira imej positif yang ditonjolkan.
Terbaru, seorang lelaki muslim mencipta sejarah apabila dilantik menajdi ketua negara Eropah.
Hal ini selepas Parlimen Scotland pada Selasa mengesahkan pelantikan Humza Yousaf, 37, sebagai Menteri Pertama negara tersebut, lapor AFP.
Pelantikan itu mencipta sejarah apabila ia merupakan kali pertama seorang pemimpin politik beragama Islam muncul sebagai Ketua Eksekutif sebuah negara Eropah.
Humza menggantikan Nicola Sturgeon selepas menang tipis dalam pemilihan Ketua Parti Kebangsaan Scotland (SNP) pada Isnin. Beliau kemudian berjaya mengumpul sokongan yang mengcukupi daripada ahli parlimen untuk diangkat menjawat jawatan nombor satu kerajaan Scotland itu.
Sebaik diangkat sebagai Menteri Pertama, Humza mengulangi ikrarnya untuk meneruskan proses menuntut kemerdekaan Scotland daripada United Kingdom.
Untuk info, Humza merupakan seorang pemimpin politik Scotland yang berasal daripada keluarga imigran Pakistan. Ayah Humza lahir di Mian Channu, Pakistan dan berketurunan Punjabi. Manakala ibunya yang juga berketurunan Punjabi lahir di Nairobi, Kenya. Nenek moyang ibunya dibawa ke Kenya oleh Empayar British untuk berkerja disana.
Kedua-dua orang tuanya berhijrah ke Scotland pada 1960-an sebelum bertemu dan berkahwin disana.
Moga lebih ramai individu Muslim menjadi orang penting di dunia ini. Tahniah Humza, dan selamat mengalas tanggungjawap yang diberikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun lampu sudah bertukar merah, kita masih tak boleh terlalu pasti..
REMAJA tahu ramai di kalangan kita yang lebih memilih untuk berjalan kaki sekiranya destinasi yang dituju tidaklah sejauh mana. Malah ramai pejalan kaki di sekitar ibu kota juga merupakan pengguna pengangkutan awam.
Peraturan pertama bagi pejalan kaki adalah untuk menunggu isyarat lampu trafik bertukar merah dan berjalan di kawasan pejalan kaki (zebra cross). Namun ternyata itu saja BELUM mencukupi untuk mengelak kemalangan jalan raya.
Sebuah video yang dimuat naik oleh Roads.sg ini menunjukkan seorang remaja lelaki Singapura dilanggar oleh sebuah kereta yang sedang bergerak sehingga terpelanting.
Dalam kejadian pada 6 Januari lepas itu, remaja tersebut dilihat patuh kepada peraturan pejalan kaki semasa berada di simpang jalan.
Namun, gara-gara kedudukan 'blind spot' yang dialami oleh pemandu kereta berwarna merah, remaja itu terpelanting kurang 10 meter daripada lokasi kejadian.
Jelas, kedua-dua pemandu telah memperlahankan kenderaan mereka untuk memberi ruang kepada pejalan kaki. Malangnya, pemandu di sebelah kiri tidak melihat remaja tersebut hadir daripada sebelah kanan jalan raya dan akhirnya, dia dilanggar.
REMAJA berharap agar mangsa tidak mengalami masalah serius setelah di dilihat mampu bangun semula.
Bagi korang yang memandu, jangan sesekali terus memacu laju setelah lampu trafik bertukar hijau ataupun semasa di selekoh jalan. Kadangkala ada situasi yang tak boleh kita jangkakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terlajak perahu boleh diundur terlajak laku, padah menanti. Ini peribahasa yang boleh digunakan untuk seorang YouTuber Indonesia apabila nak ‘prank’ tapi tak jadi!
Kini berlumba-lumba manusia buat pelbagai cara untuk jadi terkenal. Hanya berbekalkan beberapa video yang boleh menarik perhatian orang ramai, muat naik di laman sosial media atau platform YouTube, pasti ada mata-mata yang memerhatikan video anda sehingga menjadi tular.
Tapi yang tak bestnya kadang kala, perbuatan mereka ini tidak menjaga perasaan dan sentiviti masyarakat.
Hukuman penjara 10 tahun menanti YouTuber Indonesia jika didapati bersalah selepas melakukan prank daging korban.
Yang terbaharu di Indonesia, seorang YouTuber, Edo Putra bersama rakannya yang tidak didedahkan identitinya telah melakukan prank kepada dua wanita di sebuah kampung dengan memberikan dua plastik hitam yang kononnya berisi 5kg daging korban.
Namun, kedua-duanya diminta untuk tidak membuka plastik tersebut pada waktu tersebut. Apabila dibuka, beg plastik tersebut didapati hanyalah diisi dengan sampah yang mereka kutip di kawasan kampung.
Pada ketika itu jelas kelihatan riak kecewa pada wajah mangsa prank tersebut. Mereka kemudiannya kembali kepada mangsa dan memohon maaf sebelum menyerahkan sekitar RM144 kepada mangsa untuk membeli daging.
Video yang sudah dimuat naik di laman YouTube didapati mendapat lebih banyak tanda tidak suka daripada suka serta kritikan di laman komen disifatkan keterlaluan oleh orang ramai.
Menurut Ketua Komisioner Polis Palembang, Anom Setyadji, kedua-duanya sudah ditahan di bawah kesalahan Artikel 14 Kanun Jenayah Membuat Berita Palsu dan Masalah dalam Komuniti kerana melanggar etika kesopanan yang mana jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
So korang yang nak buat ‘prank’ tu fikir dulu sebelum buat apa-apa. Jangan fikir seronok tanpa memikirkan perasaan orang lain!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...