Di saat semua negara masih berjuang melawan COVID-19 dengan pelbagai varian muncul di muka, kini Turki diuji dengan masalah kebakaran hutan dan memusnahkan ribuan hektar tanah, selain lebih 1,500 penduduk dipindahkan.
Di Turki, ratusan penduduk dipindahkan dari kediaman masing-masing semalam selepas kawasan hutan berhampiran sebuah resort percutian yang terkenal dalam kalangan pelancong Rusia hangus terbakar.
Yes, that is how bad it is guys.
Siaran televisyen menunjukkan pasukan bomba menggunakan helikopter untuk memadam kebakaran infrastruktur dan kawasan lapang di pekan Manavgat.
Lapor CNN Turk, empat daerah di pekan tersebut sudah dikosongkan dan kebakaran semakin hampir berjaya dikawal.
Pihak berkuasa di pulau Sardinia di Itali pula mengisytiharkan darurat dan lebih 1,500 penduduk dipindahkan selepas kebakaran hutan memusnahkan 20,000 hektar tanah di wilayah Oristano.
Sebanyak 7,500 bomba dikerah ke lokasi kebakaran, manakala Perancis dan Greece turut menghulurkan bantuan untuk memadam api.
Presiden Sardinia, Christian Solinas menyifatkan kebakaran hutan itu sebagai ‘bencana yang tidak pernah berlaku sebelum ini’.
Susulan itu, netizen seluruh dunia mendoakan agar isu kebakaran di Turki dapat dikawal dengan segera. Malah trending di media sosial dengan tanda pagar ##prayforturkey #HELP
Malah, melalui satu perkongsian instagram dengan akaun @akudanistanbul menyatakan Selatan Turki diibaratkan seperti dalam neraka.
Semalam isteri kepada penyanyi Noh Salleh iaitu MizzNina di instagramnya @officialmizznina turut berkongsi keadaan kebakaran di Turki dan turut berdoa agar kebakaran ini cepat padam dan semua dilindungi Allah S.W.T
Untuk info, bulan ini juga Eropah dilanda musim tengkujuh luar biasa sehingga mencetuskan banjir besar di Jerman dan Belgium, menyaksikan lebih 200 orang maut, manakala Itali pula berdepan dengan insiden tanah runtuh.
Apapun, sama-sama kita doakan agar insiden kebakaran ini pantas diatasi dengan cepat. Bagaimana la haiwan-haiwan dalam hutan tu…huhuhu
Sumber : Instagram, Twitter, utusan.com.my