Hiburan

‘Pre-Listening’ & ‘Pre-Judging’ Lain, Ketua Juri AJL38 Sangkal Dakwaan Pemenang Dipilih Awal

Share

“Kita tidak buat jugding awal seperti yang ditomahkan kepada kita..”

Acapkali malam kemuncak Angerah Juara Lagu melabuhkan tirainya, pasti ada sahaja yang melontarkan pelbagai spekulasi terhadap sistem penjurian yang dipraktikkan oleh barisan juri yang dilantik oleh penganjur.

AJL ke-38 semalam tidak terkecuali apabila ramai netizen di media sosial mendakwa bahawa para pemenang telah diputuskan lebih awal dari malam pertandingan. Kata mereka, tidak hairanlah ramai yang boleh meramalkan keputusan dengan tepat lalu sedikit sebanyak mencacatkan elemen kejutan dalam penentuan pemenang bagi setiap trofi yang dipertandingkan.

Mengulas dakwaan ini dalam sidang media semalam, pengarah dan konduktor muzik berkaliber, Datuk Mokhzani Ismail yang dilantik sebagai Ketua Juri menjelaskan wujud perbezaan antara sesi ‘pre-listening’ di mana para juri mendengar 12 buah lagu yang dipertandingkan dengan teliti dan ‘pre-judging’ seperti yang didakwa netizen.

Ketua Juri AJL38, Datuk Mokhzani Ismail.

“Juri mengupas lagu-lagu tersebut dalam bentuk notation semasa pre-listening.. bukan pre-judging; untuk kesemua 12 buah lagu ke dalam bentuk notation supaya kesemua juri-juri faham tentang kaedah lagu, form lagu, struktur, chord, changes dan genre.

“Itu sangat penting kerana kita mempertandingkan kesemua jenis lagu yang diletakkan ke dalam satu pertandingan.

“Desas-desus mengatakan kita ada pre-judging. Tidak sama sekali. Saya sebagai Ketua Juri menyangkal dakwaan sebegitu,” tegasnya.

Hasrat hasil ciptaan sepenuhnya oleh Amir Jahari diangkat sebagai Juara Lagu ke-38. Foto: TV3 Malaysia.

Tambah Datuk Mokhzani lagi, sukar untuk para juri terdiri daripada diri beliau bersama-sama Datuk Wah Idris, Datuk Acis, Azlan Abu Hassan, Jari, LY, Noryn Aziz, Ad Samad, Efry Arwis dan Adlin Aman Ramlie untuk meneliti kesemua kriteria selepas 12 buah lagu dipersembahkan dek waktu yang suntuk.

Oleh itu, proses pre-listening tersebut memainkan peranan yang cukup penting.

“Masing-masing diberikan tanggungjawab supaya malam ini kita akan mendapat satu jawapan yang tepat.

“(Tapi) kita tidak buat judging awal seperti yang ditomahkan kepada kita kerana mustahil. Melodi mungkin boleh buat (penjurian awal) tapi apa yang kita lihat dalam kriteria adalah melodi, lirik, gubahan dan vokal.

“Vokal pula kadang bertukar. Dalam audio lain, ada pula penyanyi gantian.. sudah lain. Itu kita ambil kira,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Air Mata Iringi Kemenangan Amir Jahari Di AJL-38, Aina Abdul Sambar 3 Trofi – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ