Jika sebelum ini Presiden Filipina memberi pilihan kepada rakyatnya sama ada mahu mengambil vaksin atau berdepan dengan hukuman penjara, namun kini lain pula jadinya apabila pemerintah negara itu sudah bertukar fikiran.
Presiden Rodrigo Duterte berkata jika rakyatnya tidak mahu mengambil suntikan vaksin, mereka akan diberi vaksin babi.
Duterte mengancam rakyatnya kerana kesal dengan proses vaksinasi yang perlahan di Filipina, setakat 20 Jun hanya 2.1 juta rakyat Filipina divaksin daripada 110 juta penduduk.
Filipina juga menjadi salah sebuah negara Asia yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dengan 1.3 juta kes positif dan lebih 23,000 kematian.
Walau bagaimanapun, tindakan Presiden itu nampaknya mendapat tentangan oleh rakyatnya kerana mereka menyifatkan bahawa keputusan tidak mengambil vaksin bukan satu jenayah dan hukuman yang akan diberikan agak keterlaluan.
Bukan mudah untuk puaskan hati seluruh masyarakat. Namun, jika tidak diberikan hukuman setimpal, maka ramailah yang tidak mahu mengambil vaksin dan secara tidak langsung semakin sukar untuk memutuskan rantaian virus berjangkit itu.
Syukur walaupun di negara kita masih ada lagi individu yang anti-vaksin, namun lebih ramai yang masih menunggu giliran mereka untuk menerima vaksin.
Semoga Filipina dapat mencari jalan keluar bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mengekang penularan COVID-19.
Sumber: (1)